Khamis, 2 Februari 2023

DUIT BERSATU DARI MANA ?



Beku akaun Bersatu untuk calar integriti Perikatan, kata PAS


SIASATAN dilancarkan ke atas parti dalam Perikatan Nasional (PN) waktu ini sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi mengenai masalah integriti gabungan itu, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu merujuk kepada siasatan agensi antirasuah ke atas parti Bersatu yang menyebabkan akaun parti tersebut dibekukan sejak tiga minggu lalu.

Pandangan itu sengaja dicipta memandangkan pilihan raya negeri (PRN) bakal berlangsung tidak lama lagi, katanya.

“Ini sengaja dibuat untuk menggambarkan kepada rakyat, nak bina satu persepsi PN ada masalah integriti. Sasarannya bukan soal penyelewengan, itu insha Allah tak berlaku.

“Tapi nak menakut-nakutkan PN terutamanya menghadapi PRN nanti,” katanya kepada pemberita selepas pemukiman PN di ibu negara hari ini.

Beliau percaya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekukan dua akaun Bersatu sejak tiga minggu itu hanyalah untuk merendah-rendahkan imej gabungan itu.

“Ini strategi untuk PRN akan datang dan usaha merendahkan PN dari segi integriti, kestabilan, ini asas kepada sokongan rakyat kepada PN.

“Mereka akan usaha supaya nilai integriti dirosakkan. Saya fikir itu sahaja, tidak ada isu pun sebenarnya,” kata Tuan Ibrahim.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau yakin SPRM akan bertindak adil dan membatalkan pembekuan akaun Bersatu sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Selain Bersatu, PAS juga menjadi fokus siasatan SPRM berhubung dakwaan pemberian rasuah kepada pengundi di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Agensi itu dilaporkan mengenal pasti kira-kira 90 pengundi yang didakwa menerima wang tunai untuk mengundi PAS dalam pilihan raya itu.

PAS melalui gabungan PN berjaya menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dalam pilihan raya 19 November lalu.

Dakwaan tersebut disangkal PAS, termasuk oleh presidennya Abdul Hadi Awang yang berkata pemberian wang tunai hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam. – 2 Februari 2023. 
 

KES DUIT

BERSATU

KAH KAH KAH

MACAM MANA

PARTI PAS

TERLIBAT

KAH KAH KAH

APAKAH PAS

 BERI BERSATU DUIT

KAH KAH KAH

ATAU BERSATU

SIMPAN DUIT PAS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersatu takde masaalahnya dgn pembekuan akaun tu. Tunjuk je bukti dgn dokumen dari mana datangnya duit tu. Apa nak takut. Asal jgn kata pak arab bg derma sudah.