Khamis, 2 Februari 2023

MUHYIDN KENA PERANGKAP



Bersatu akan mohon batal pembekuan akaun, kata Muhyiddin

BERSATU akan memohon kepada agensi pencegahan rasuah untuk membatalkan pembekuan akaunnya, kata presiden parti itu Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pembekuan tersebut mengganggu operasi parti kerana terhalang dari menunaikan tanggungan bayarannya.

“Bersatu akan menulis surat kepada SPRM hari ini supaya perintah pembekuan akaun Bersatu dapat dibatalkan.

“Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbiran bukan sahaja untuk sebulan.


“Sekarang ini kalau mereka kata beku tiga bulan, pun susah. Itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara.

Tambahnya pembekuan akaun itu juga akan mengganggu usaha mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

“Bersatu juga memerlukan dana untuk membiayai kempen PRN bagi enam buah negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Janganlah pembekuan akaun bersatu ini menjadi motif sebenar pihak kerajaan untuk melumpuhkan jentera Bersatu dan PN dalam PRN akan datang,” katanya dalam sidang media di ibu negara.

Muhyiddin juga menegaskan, Bersatu tidak pernah menerima sebarang dana daripada pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM92.5 bilion, seperti didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Oleh itu, ahli Parlimen Pagoh itu yakin siasatan agensi antirasuah itu bakal membersihkan nama Bersatu daripada tuduhan tersebut.

“Dan saya tahu SPRM telah pergi untuk membuat siasatan kepada badan-badan seperti itu termasuklah Bersatu bahagian Pagoh.

“Saya ingin menegaskan ini juga telah disemak oleh pihak SPRM, saya percaya siasatan ke atas penyata akaun Bersatu akan mendapati tidak ada wang berbilion ringgit dalam akaun parti.

Beliau yakin akaun tersebut bersih kerana Bersatu menetapkan agar setiap sumbangan mesti dimasukkan ke dalam akaun parti.

 “... Tidak ada sumbangan dana politik dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya ataupun pegawai-pegawai dalam parti saya ataupun mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan di mana saya mempunyai kepentingan.”

Tambahnya, Bersatu memberikan komitmen untuk membantu siasatan pihak berkuasa terbabit dan SPRM sudahpun memperolehi penyata kewangan parti dan dokumen berkaitan.

Beliau menggesa SPRM menyegerakan keputusan membatalkan pembekuan akaun itu selepas mendapati tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitkan kewangan parti.

“Jumlah wang yang masuk ke dalam parti dan jumlah baki wang dalam akaun Bersatu sebelum dibekukan semuanya ada dalam pengetahuan SPRM.

“Dan saya yakin bahawa rekod keluar masuk wang dalam akaun Bersatu teratur dan dari sumber yang sah dari segi undang-undang,” katanya selepas pemukiman parti.

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu hari ini dilaporkan berkata, akaun parti itu sudah dibekukan sejak tiga minggu lalu.

Ketua Pengarah SPRM Azam Baki semalam mengesahkan dua akaun Bersatu disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. – 2 Februari, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

SEKALI AIR BAH

SEKALI PASIR

BERUBAH

KAH KAH KAH

SEKALI KERJAAN

BERTUKAR

SEORANG 

PERDANA MENTERI

KENA TAHAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini kes sub sub soi punya. Mahiaddin tak perlu banyak cerita tunjuk je resit paying slip chek dan dokumen2 berkaitan membuktikan money trail milion2 yg masuk akaun bersatu kpd sprm boleh setel punya. Tak perlu 3 bulan beku 3 hari dah boleh guna balek akaun utk bayar gaji dan sedekah prn.