Khamis, 2 Februari 2023

DUIT GUGUR DARI MANA ?



SPRM sahkan beku akaun parti Bersatu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akaun parti Bersatu dibekukan bagi siasatan berhubung salah laku didakwa dilakukan pemimpin parti tersebut.

Ketua pengarah agensi itu Azam Baki mengesahkan dua akaun Bersatu dibekukan bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran siasatan.

Tindakan itu diambil selepas Bersatu mendedahkan penyata akaunnya yang menyatakan parti itu mengaut pendapatan tahunan berjumlah lebih RM147 juta.

Akaun tahunan bagi tahun 2020 dan 2021 itu didedahkan Marzuki Mohamad, yang merupakan bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin.

Isu mengenai sumber kewangan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dibangkitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sewaktu kempen PRU15.

Anwar antara lain mendakwa ratusan bilion dari dana Pakej Rangsangan Ekonomi diselewengkan oleh kerajaan pimpinan PN.

Dakwaan itu dinafikan Muhyiddin yang merupakan pengerusi PN.

SPRM sudahpun membuka beberapa kertas siasatan ke atas lima individu yang didakwa sebagai dalang atau orang tengah berkaitan penyelewengan dana tersebut.

Siasatan itu didakwa berkait projek berjumlah antara RM50 juta hingga RM500 juta melalui rundingan terus.

Pada 15 Disember lalu, SPRM menyerbu lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat berhubung dakwaan penyelewengan dana RM92.5 bilion oleh kerajaan pimpinan PN.

Pada 6 Januari lalu, SPRM menahan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat yang didakwa menjadi orang tengah bagi projek bawah paket tersebut untuk tahun 2020 hingga 2022. – 1 Februari, 2023.

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

DARI MANA

DATANGNYA

DUIT

KAH KAH KAH

HANG CEKAU

KAT MANA

KAH KAH KAH 

HANG DAPAT DARI

POKOK MANA

KHALAS

2 ulasan:

Ricesaffron@gmail.com berkata...

Untuk berlaku adil,, semua party politic telanjang kan account mereka kita nak tengok sapa punya lancau paling besar, PKR, DAP, BN, PN etc,, dan sapa paling stim,,

Tanpa Nama berkata...

Tanya Pak Arab mana donation??? Mesti donations mesti sedekah bukan senang nak dapat berjuta juta beb kah kah kah, selalunya orang sedekah sehinggit Dua, tak pernah sampai 10 hinggit pun, lain lah kalau Jutawan, tapi Jutawan lagi kedekut dari orang biasa, ini lumrah dunia, kah kah kah apa pun nanti ada jawapan ada balas, mesti ada mana ada duit jatuh masuk macam ke akaun Najiba, kah kah kata tak tahu siapa masuk tapi pandai belanja pulak, semua belajar Dari Bossku Amin kah kah kah