Isnin, 27 Februari 2023

PENJAWAT AWAM TAK SOKONG PAKATAN



Kenaikan gaji penjawat awam boleh sebabkan defisit tinggi, kata PM


Penjawat awam kumpulan tertinggi terlibat rasuah, kata SPRM Selangor

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini mendedahkan penjawat awam merupakan kumpulan tertinggi ditahan suruhanjaya itu bagi siasatan berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa antara 2018 dan 2022.

Pengarahnya Alias Salim berkata berdasarkan rekod seramai 170 penjawat awam ditahan, diikuti 84 tangkapan melibatkan pekerja swasta, 50 orang awam dan masing-masing lima ahli politik serta individu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sepanjang tempoh tersebut, 314 tangkapan yang dibuat sebelum ini menunjukkan tahun 2022 merekodkan tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 72 tangkapan, diikuti 2018 (66) dan 2021 (63).

“Daripada jumlah tangkapan itu, pihak kami membuka 269 kertas siasatan berkaitan kes rasuah dengan 135 pertuduhan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, tahun 2020 menunjukkan pembukaan kertas siasatan tertinggi sepanjang tempoh lima tahun tersebut iaitu 64 kertas siasatan diikuti 2019 (57) dan 2022 (50).

Alias berkata dalam tempoh yang sama SPRM Selangor telah menerima 1,764 maklumat berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Pada 2018, sebanyak 378 maklumat diterima, diikuti 2019 (344) dan 2022 (331). SPRM Selangor turut mencatatkan sitaan berjumlah RM366,845 selain melucut hak rampasan pesalah rasuah bernilai RM1,768,554.89,” katanya.

Beliau berkata selain daripada menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah di Selangor, badan itu turut melaksanakan tindakan pencegahan rasuah dengan melaksanakan pemeriksaan ke atas amalan, sistem serta prosedur sektor awam dan swasta bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah.

Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut, 406 ceramah khusus buat kumpulan sasar dengan 721 program berteraskan pencegahan rasuah disampaikan kepada agensi kerajaan dan swasta, GLC, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah. – Bernama, 27 Februari, 2023.

PRU 15 BUKTI

PENJAWAT AWAM

TAK SOKONG

PAKATAN

AMIN

MEREKA CURIGA

PADA DAP

AMIN

PERANGAI 

GUAN ENG

CONTOH UTAMA 

AMIN 

KEMPEN ANTI

RASUAH BUAT

MEREKA LAGI

BENCI PADA

PAKATAN

AMIN

KITA LIHAT PRN

NANTI 

AMIN

DIMANA MEREKA

BERDIRI

TANPA SOKONGAN

PENJAWAT AWAM

PAKATAN AKAN

RUNTUH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam ini siapa? Kaum mana tak sokong? Kenapa tak sokong? Sistem macam mana mereka sokong? Sistem kroni perkauman agama atau lebai perintah ikut buku aturan? Saja tanya jangan amrah marah kah kah jag

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam ini siapa? Kaum mana tak sokong? Kenapa tak sokong? Sistem macam mana mereka sokong? Sistem kroni perkauman agama atau lebai perintah ikut buku aturan? Saja tanya jangan amrah marah kah kah jag