Isnin, 27 Februari 2023

HITLER BERMULA DARI PEKARA KECIL


Tangkap pelajar SPM keterlaluan, guru dikecam kerana salah urus



Kumpulan peguam selar tindakan tahan calon SPM


Calon SPM ditahan selepas kutuk kertas Sejarah

POLIS menahan dua remaja lelaki selepas mereka menaikmuat video di media sosial mengkritik kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah berkata dua remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang guru.

“Polis mengesan video tular di TikTok dan Facebook di daerah ini, memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu menggunakan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan. – 25 Februari, 2023.


KEZALIMAN

KUKU BESI

KEMUDIAN

FASISMA

BERMULA DARI

PEKARA KECIL

 SEPERTI INI

AMIN

MAKA SEBELUM

BERKEMBANG

WAJIB DILAWAN

HABIS HABISAN

KHALAS

Tiada ulasan: