Sabtu, 11 Mac 2023

MUHYIDN HANYA BERDOA & BERCAKAP


Taktik kotor, pendakwaan terpilih tidak akan jejaskan kami, kata pemimpin Perikatan


MENGGUNAKAN taktik kotor termasuk melakukan pendakwaan terpilih terhadap pemimpin Bersatu tidak akan menjejaskan peluang Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pemimpin gabungan itu.

PN akan terus mengingatkan rakyat tentang salah laku kerajaan memerintah, termasuk cubaan untuk merosakkan reputasi PN, kata mereka.

Mereka mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) – sedang bekerja keras untuk memastikan pengundi Melayu tidak menyokong PN pada PRN akan datang.

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata PH dan BN hilang sebahagian besar sokongan orang Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


“Bagi mendapatkan sokongan, mereka (PH-BN) perlu batalkan Bersatu, PAS dan PN. Maka sebab itulah semua tuduhan (rasuah) ini berlaku di Parlimen, media dan saluran lain.

“Satu-satunya cara untuk mereka dapatkan sokongan pengundi ialah dengan cemarkan imej kami supaya pengundi tidak akan fikir yang PN ini bersih dan stabil (sebagai gabungan politik),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa atas tuduh pertuduhan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, membabitkan nilai rasuah RM232.5 juta.

Beliau turut berdepan dua tuduhan tambahan pengubahan wang haram, di mana beliau didakwa menerima RM195 juta hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan dan mohon dibicarakan.

Sebelum ini, dua pemimpin Bersatu turut dikenakan pertuduhan rasuah, dengan beberapa yang lain disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sejak Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, beliau melemparkan fitnah terhadap Bersatu dan PN.

“Pelbagai tuduhan liar dibuat kepada pemimpin Bersatu, tetapi tidak ada yang benar,” kata Wan Fayhsal.

Beliau mengakui taktik itu mungkin berpihak kepada PH dan BN pada PRN nanti.

“Tetapi sebagai parti politik kami ada strategi dan taktik dalam menghadapi PRN.

“Kami akan laksanakan strategi tertentu di kawasan tertentu untuk menepis sentiment yang tidak berpihak kepada kami.”

Katanya, sebahagian daripada pelan tindakan mereka ialah untuk mengingatkan pengundi tentang kerajaan pemerintah sekarang yang tidak konsisten dalam memenuhi janji, terutama manifesto pilihan raya.

“Ini termasuk percanggahan yang berlaku ketika kempen mereka berkenaan perubahan institusi, melantik mereka yang sedang berdepan kes di mahkamah dan pengasingan kuasa antara perdana menteri dan menteri kewangan.

“Semua isu ini perlu diingatkan kepada rakyat, terutama pengundi Selangor, betapa kerajaan hari ini hipokrit.”

Wan Fayhsal berkata beliau berharap Muhyiddin adalah sasaran terakhir kerajaan kerana ia mungkin memberi kesan kepada mereka ketika PRN nanti.

“Kalau tidak, pengundi mungkin boikot atau berikan undi simpati kepada kami.

“Jadi keadaan ini akan melonjakkan peluang untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada PRN ini.

“Sudah tentu ia perlawanan yang sengit dan bukan laluan mudah, tetapi di pantai barat, yang penting adalah integrity dan kempen kami.

“Bila kami janjikan sesuatu, ia mestilah sesuatu yang boleh dilaksanakan, bukan dongeng.” – 11 Mac, 2023.

ADAKAH

PENANGKAPAN

MUHYIDIN AKAN

BAWA MUDARAT

PADA PAKATAN ?

AMIN

MUNGKIN ADA

MUNGKIN TAKDA

AMIN

BERGANTUNG

APA LANGKAH

DARI PN

AMIN

KALAU MEREKA

KE JALAN RAYA

PARAH PAKATAN

AMIN

KALAU HANYA

BERCAKAP BERDOA

TAK JADI SATU

HABUK

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangang tul geng2 PN ni..mmg la pendakwaan terpilih sb hanya org2 terpilih saja yg terima wang jana wibawa tu..ada tak kita tgk seluruh ahli bersatu ditangkap, ada tak kita nampak haji hadi ditangkap sb wang jana wibawa..silap2 ulama2 PAS tak tahu yg haji mahiddin masuk duit wang jana wibawa tu sorang2 atau bersama wang saiful wang jana..kalo duit pencurian 1mdb diberikan kpd org islam utk tunai haji pun tuhan boleh terima, inikan pula wang jana wibawa..ingatla, sesungguhnya tuhan itu maha pengasih dan penyayang..mana mungkin tuhan mahu menhukum para syahid dan ahli2 syurga PAS.walaupun berjuta hasil pencurian, mrk layak masuk syurga pas tanpa hisab..ini la hebatnya islam..ulama pewaris nabi..andai nabi ada, barangkali nabi pun berpelakuan seperti itu..