Sabtu, 11 Mac 2023

WIRA BERNAM OCAK



Anjing pengesan turut jadi wira bantu misi SAR gempa Turkiye


ANJING pengesan yang dikenali sebagai Ocak dianggap sebagai ‘wira’ kerana turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Kahramanmaras Turkiye yang dilanda gempa bumi kuat pada Februari lalu.

Ocak terlibat dalam operasi SAR oleh Antalya Gendarmerie Search and Rescue (JAK) dan dalam masa 16 hari anjing itu telah berjaya mengesan enam mangsa, lapor Agensi Anadolu.

Kini, Ocak kembali semula ke Antalya dan menyambung latihan harian di bawah seliaan Sarjan Muhammed Turan.

Turan berkata Ocak mula bekerja sebagai anjing SAR selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Kuda dan Anjing Gendarmerie Nevsehir selama 52 minggu.

“Dalam misi mencari dan menyelamat, setiap minit dan setiap saat amat berharga untuk menyelamatkan nyawa. Terima kasih kepada deria bau dan naluri anjing, ia membantu misi mengesan lebih pantas dan mudah,” katanya. 

Turan berkata beliau dan Ocak telah bekerja bersama selama lima tahun. – Bernama, 11 Mac, 2023.
 

SETIA CINTA

KASIH SAYAANG

TAK BERBELAH

BAGI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wira ini tak payah duit, tak payah beg birkin, tak payah Intan berlian, tak payah naik jet, tak payah naik kapal layar semua tak perlu, penting lagi wira ini tak perlu Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Panglima kah kah kah tapi semua ITU tak bawa kubur, kah kah hanya bawa jasa niat baik kita amin