Sabtu, 11 Mac 2023

PAKATAN AKAN SELAMAT



Perikatan sasar tawan Selangor, Negeri Sembilan, kata Wan Fayhsal


PERIKATAN Nasional (PN) mensasarkan untuk menawan Selangor dan Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang meski sedar ia bukan mudah, kata timbalan ketua pemudanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Katanya tidak mustahil untuk PN merampas Negeri Sembilan dan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).

“Namun di Pulau Pinang sukar kerana faktor demografi pengundi,” katanya dalam temu bual bersama The Malaysian Insight.

Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang adalah tiga negeri di bawah pentadbiran PH.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga ketua Pemuda Bersatu berkata seperti juga kempen semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN akan menumpu kepada isu-isu seperti kos sara hidup yang menghimpit rakyat menjelang PRN.

Pemerhati politik sebelum ini memberi amaran PH dan Barisan Nasional (BN) yang kini sekutu dalam kerajaan perpaduan perlu menyelesaikan sebarang percanggahan untuk meyakinkan pengundi sekali gus menarik sokongan mereka pada PRN kelak.

Enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir PN memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing serentak dengan peringkat Parlimen pada PRU15 November tahun lalu.

Wan Fayhsal berkata PN yakin dan bersedia untuk menghadapi PRN kerana gabungan itu menawarkan penyelesaian kepada isu-isu yang membelenggu hidup rakyat.

PN juga katanya cukup bersedia untuk merampas serta mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai PH.

“Kami mempunyai strategi untuk rampas negeri-negeri ini, tetapi di Pulau Pinang bukanlah mudah.

“Kami juga akan terus memaklumkan kepada rakyat di negeri bawah PN, kami mampu memberi penyelesaian kepada masalah ekonomi.

“Kami juga akan menentang segala propaganda tidak betul tentang PN dengan fakta. Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa PN telus dan adil,” kata beliau, menambah PN juga mensasarkan untuk menarik sokongan pengundi atas pagar.

Ahli Parlimen Machang itu seterusnya berkata PN yakin gabungan itu akan terus mengekalkan kuasa di Kedah, Kelantan dam Terengganu. – 11 Mac 2023. 


WOIT

INI CAKAP CAKAP

KAH KAH KAH

AKSI TARAAAK

KOSONG

KAH KAH KAH

PAKATAN 

 TAK PERLU 

RISAU KERANA PN

TAK BERNAI

KE JALAN RAYA

KAH KAH KAH

CAKAP SAPA PUN

BOLEH CAKAP

TOK EZI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mat jargon yg menyorokkan kebodohan dgn ayat2 hebat. katanya mahu bina pelabuhan dalam di kelantan dan tganu.mat jargon lebih hebat dari laksamana cheng ho atau paramesawara.sejak berabad, tiada pula dibina port di serambi mekah darul iman..taknak nak bina port je walhal infra basic tiada di serambi darul iman.kalo ditesco pun air berkeladak, kapal mana yg berlabuh disana..demi konten tiktok, segala labon jadi babi terbang..