Jumaat, 21 April 2023

CARA BARU SELUDUP DADAH



UK rampas 1 tan kokain di perairan Channel


PASUKAN penguatkuasa sempadan United Kingdom merampas lebih satu tan kokain ditemui terapung di English Channel, kata Kementerian Dalam Negeri.

Polis dimaklumkan berkenaan kotak bungkusan di laut itu pada awal pagi Rabu.

Kapal pasukan sempadan mengesannya dan membawanya ke pelabuhan di Dover, di pantai selatan England.

Ujian forensic mengesahkan bungkusan itu mengandungi kokain dengan anggaran berat satu tan.

“Rampasan ini adalah mesej jelas kepada sesiapa yang mahu menyeludup dadah ke negara ini,” kata ketua pasukan pengawal sempadan Steve Dann.

Rampasan itu dibuat selang beberapa minggu selepas dua tan kokain dibungkus dalam kotak bertutup, dengan ada yang diikat dengan jaket keselamatan, terdampar di pantai di Normandy, Perancis.

Jumlah kokain yang dirampasan meningkat 68% sepanjang 12 bulan lalu, mencatat rekod baharu 18.8 tan, menurut pihak berkuasa. – AFP, 21 April, 2023.

WOIT

INI CARA BARU

SELUDUP DADAH

AMIN

BALING DLM LAUT

MEMBER TUNGGU

TEPI PANTAI

AMIN

DULU GERILA IRA 

BAWA MASUK

SENJATA CARA INI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: