Jumaat, 21 April 2023

RAYA DAN RAJA



HARI RAYA 

DAN KUASA RAJA


Satu Pandangan
Oleh Hassan Abdul Karim

Mengapakah setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh hariraya puasa ialah pada hari Sabtu 22 April 2023 maka semuanya akur dan polimik hangat sebelum ini sama ada Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat atau Sabtu terhenti dengan sendirinya?

Jawapannya kerana rakyat Islam di Malaysia faham bahawa dalam soal urusan agama Islam adalah di bawah kuasa Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu. Ini dipanggil kuasa ataupun authoriti yang memberi legitimasi.

Setiap hari Jumaat di dalam khutbah dinyatakan bahawa orang Islam dikehendaki patuh kepada “mereka yang berkuasa di kalangan kamu” yang membawa maksud mereka itu ialah pemerintah termasuklah raja-raja. “Jika kamu berbalah maka kembalilah kepada Quran dan Hadis”. Demikian nasihat di awal khutbah Solat Jumaat.



Tiada ulasan: