Jumaat, 21 April 2023

DAP TAK MAHU PIKUL KAVADI



Pakatan Pulau Pinang tidak akan serah kerusi kepada BN, kata Chow

PAKATAN Harapan (PH) Pulau Pinang tidak bercadang untuk menyerahkan mana-mana kerusi DUN miliknya kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengerusi PH negeri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata BN boleh mempertahankan dua kerusi penyandangnya di Pulau Pinang – Sungai Dua dan Permatang Berangan.

Bagaimanapun, Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, kerusi milik Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk rundingan.

Terdapat empat kerusi PN dalam DUN 40 kerusi itu.

“Setiausaha agung (DAP) menegaskan yang semua rundingan kerusi akan berdasarkan prinsip dipersetujui bahawa semua kerusi akan kembali kepada parti penyandang,” katanya seperti dilaporkan dalam Malay Mail Online hari ini.

“Berdasarkan prinsip ini, kami tidak akan meminta kerusi mereka (BN) dan ini harus timbal balik (mereka tidak akan meminta kerusi kami),” katanya.

Pada pilihan raya 2018, PH memenangi 37 kerusi, ketika Bersatu masih menjadi sebahagian daripada pakatan itu.

BN medapat dua kerusi manakala PAS satu kerusi, Penaga.

Selepas Bersatu keluar daripada gabungan PH dan dua Adun PKR dipecat daripada parti yang kemudiannya menyertai Bersatu, empat kerusi – Seberang Jaya, Sungai Acheh, Teluk Bahang dan Bertam – jatuh kepada PN.

PH dan BN kini bersekutu, bekerjasama untuk menghadapi PN di negeri itu. – 20 April, 2023.


DASAR BETUL

LAGI TEPAT

AMIN

PARTI DAP

TAK MAHU

PIKUL KAVADI

KHALAS

Tiada ulasan: