Jumaat, 12 Mei 2023

HALANG IMRAN DARI BERTANDING


Mahkamah Agung Pakistan putuskan penahanan Imran Khan tidak sah

MAHKAMAH Agung Pakistan pada Khamis memutuskan penahanan bekas perdana menteri Imran Khan sebagai tidak sah dan memerintah beliau segera dibebaskan.

Beliau ditahan oleh pasukan separa tentera di premis Mahkamah Tinggi Islamabad pada Selasa.

“Cara beliau ditahan tidak boleh diterima,” kata hakim Athar Minallah, menurut laporan media tempatan.

Peguam bekas perdana menteri itu berkata penahanan Imran satu penganiayaan dan beliau turut menerima layanan yang buruk semasa dalam tahanan.

Penahanannya oleh Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) atas dakwaan kes rasuah telah mencetuskan protes dan penyokongnya menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian dendam politik.

Sejak itu, kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) telah ditahan dalam usaha kerajaan untuk menghentikan protes dengan bantuan tentera.

Imran menggesa penyokongnya bertenang dan bertindak secara aman.

“Kami hanya mahukan pilihan raya di negara ini,” katanya di mahkamah. – Bernama, 12 Mei, 2023.

BERAPA LAMA

MAHKAMAH

BOLEH BERTAHAN

AMIN

ASKAR  & JENERAL

TUNGGU MASA

NAK RAMPAS

KUASA

AMIN

JENERAL

NAK HALANG

IMRAN DARI

BERTANDING

AMIN

JIKA IMRAN

BERTANDING

PARTI IMRAN

PASTI MENANG

BESAR

KHALAS

Tiada ulasan: