Jumaat, 12 Mei 2023

SOALAN KURUN INI - SAPA BOLEH JAWAB ?



Bicara Ebit Lew: 436 gambar diperoleh daripada telefon bimbit

SAKSI ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa sebanyak 436 keping gambar diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 berkaitan kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata selain gambar itu terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar juga diperoleh daripada telefon bimbit berkenaan.

Latifah berkata telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021 kira-kira 3.20 petang iaitu tempat beliau bertugas.

Setelah menerima telefon bimbit itu beliau membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.

“Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad hari ini.

Latifah berkata beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit itu sebelum menyalin data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

Katanya satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat rakaman video manakala satu CD lagi adalah 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi WhatsApp.

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah juga turut memberitahu hasil pemerhatiannya mendapati empat video yang ditayangkan dalam mahkamah pada hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’. 

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama, 11 Mei, 2023

WOIT

SOALAN 

KURUN INI

AMIN

KENAPA PAK LEBAI

SUKA SIMPAN

GAMBAR  EROTIK

DALAM TALIPON

AMIN

DULU ZAHAR

DERUS 

KAH KAH KAH

GELABAH 

MENAFIKAN

KAH KAH KAH

SAPA ADA TEORI

SAPA BOLEH JAWAB

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: