Jumaat, 12 Mei 2023

WAKIL  CUKONG TELAH BERSUARA


Kenaikan OPR berita buruk bagi ekonomi, kata Guan Eng

BEKAS menteri kewangan Lim Guan Eng menolak alasan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3%, dengan berkata ia hanya akan menjejaskan peminjam dan keyakinan perniagaan.

Beliau berkata kenaikan itu paling dirasai oleh peminjam bank terutama individu yang mempunyai kenderaan, rumah dan kad kredit.

Beliau turut memberi amaran yang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga akan menghadapi beban kewangan lebih berat.

“Selain peminjam, ekonomi juga mungkin mengalami kadar faedah lebih tinggi yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi akibat ketidaktentuan global susulan kemelesetan global yang dialami AS,” kata bekas menteri kewangan itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata S&P Global Market Intelligence menunjukkan pelarasan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia kekal di bawah paras 50 mata yang mengasingkan pengembangan dan penguncupan bulanan, dengan indeks tidak berubah pada 48.8 pada April 2023.

“Ini adalah isyarat amaran sektor pembuatan Malaysia yang lemah pada permulaan suku kedua tahun ini di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang mencabar.

“Kenaikan mengejut OPR oleh BNM pastinya tidak membantu meningkatkan keyakinan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Mei, BNM secara mengejut menaikkan OPR dalam kenaikan pertama sejak November 2022.

Tinjauan Reuters terhadap 25 ahli ekonomi menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR pada 2.75% bagi mesyuarat ketiga berturut-turut.

Lim yang merupakan ahli Parlimen Bagan, juga menolak rasional “pengukuhan ringgit” yang diberikan oleh mereka yang mempertahankan tindakan BNM menaikkan OPR.

Mereka yang mempertahankan kenaikan itu berkata ia akan membantu meningkatkan kekukuhan ringgit berbanding dolar AS.

“Dalam tempoh kurang 10 hari, ringgit menyusut daripada RM4.45 kepada dolar AS pada hari kenaikan OPR sebanyak 0.25% pada 3 Mei kepada RM4.47 hari ini. – 12 Mei, 2023.

WOIT

INI SUARA

CUKONG

AMIN

GUAN ENG PASTI

ADA RAMAI

KENALAN CUKONG

AMIN

PASTI RAMAI

MENGADU PADA

GUAN ENG

AMIN

INI DASAR

NEOCON LAWAN

KEYNESIAN

AMIN

DIBACANYA POLITIK

KEMBALI PADA

MELAYU LAWAN

CHINA

KHALAS

CHINA ADA DUIT

MELAYU MAJORITI

TAK BERDUIT

AMIN  

KITA TUNGGU 

DAN LIHAT 

APA AKAN JADI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt gua tak paham... macam mana kaum yang selalu kata ditindas jadi kaum paling kaya dalam malaysia ?? adakah semuanya kroni mahathir... kah kah kah