Jumaat, 12 Mei 2023

PROJEK NAK BEBASKAN NAJIB



1MDB: Siasatan kes Jho Low diteruskan – KPN

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas ahli perniagaan dalam buruan iaitu Low Taek Jho atau Jho Low dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diteruskan dan ia tidak akan dihentikan sehingga lelaki itu berjaya dibawa pulang ke tanah air, kata Ketua Polis Negara  Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dan berbincang dengan lebih lanjut mengenai usaha membawa pulang Jho Low ke negara ini.

“Jho Low pernah dituduh di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) pada tahun 2018 walaupun dia tidak menghadirkan diri (di mahkamah).

“PDRM memang ada buka kertas siasatan dan sekiranya subjek (Jho Low) dapat dikembalikan ke Malaysia, sudah tentu kami akan meneruskan pertuduhan itu (menuduhnya dengan akta sama),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pada 5 Mei lepas,  Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang berunding dengan negara-negara berkaitan untuk mempercepatkan proses membawa pulang Jho Low, namun beliau enggan mengesahkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu.

Menurut Anwar proses itu juga amat rumit kerana melibatkan negara-negara besar, perkhidmatan risikan dan Polis Antarabangsa (Interpol).


WOIT

BAWA PULANG

JO LO SATU 

PROJEK BARU

AMIN

TUDUH SEMUA

KES 1MDB ATAS

KEPALA JO LO

AMIN

JO LO JADI

ORANG  JAHAT

NAJIB JADI

ORANG BAIK

KAH KAH KAH

WALHAL NAJIB

DAN JO LO

SAMA SAMA 

MENCURI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: