Rabu, 17 Mei 2023

KJ NAK MASUK PRK ?


Bersatu tawar Khairy jawatan ahli majlis tertinggi

PEMIMPIN Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin ditawarkan jawatan dalam majlis tertinggi Bersatu jika beliau memutuskan untuk menyertai parti itu, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Bersatu itu memberitahu pemberita selepas satu acara di Petaling Jaya tawaran ini dibuat selepas beliau berbincang dengan pemimpin parti lain.

“Ada kalau dia (Khairy) sudi. Ini bukan umpan, seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak,” katanya.

“Ia hanya kerana kami tahu dia boleh menyumbang. Saya serahkan kepadanya untuk membuat keputusan.”

Khairy adalah antara mereka yang dipecat atau digantung daripada Umno kerana melanggar disiplin parti selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Terdapat perbincangan bahawa Perikatan Nasional mahu mengambil kira populariti Khairy untuk bertapak lebih kukuh di Selangor atau Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri akan datang.

Khairy berpindah dari kerusi Parlimen Rembau ke Sungai Buloh pada pilihan raya umum lalu tetapi tewas kepada R Ramanan dari PKR. – 17 Mei, 2023.

WOIT

JANGAN BUANG

MASALAAA

KAH KAH KAH

KJ NAK MASUK

PKR LAAA

AMIN

DISANA ADA NURUL

DISANA ADA RAFIZI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR ada nurul ada rafizi, KJ ada kes MySejahtera..KJ elok masuk PAS untuk disucikan dan diberi ganjaran syurga PAS..bro..kalo jumpa madey dgn jumpa KJ, mana satu nak ketuk dulu..?mat oxford cari nyawa..

Tanpa Nama berkata...

Jika KJ masuk PKR, KJ kena cukur jambang baru nampak muda balik, tapi sayang dah terlambat, Nurul dah ada yang punya, jika tidak boleh panggil PMX papa