Rabu, 17 Mei 2023

PANAS DAH SAMPAI


Amaran gelombang haba tahap 1 di 8 daerah, kata MetMalaysia

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba Tahap 1 di lapan daerah di Semenanjung.

MetMalaysia menyiarkan amaran itu di halaman Status Gelombang Haba laman webnya.

Lapan daerah itu terletak di Padang Terap di Kedah; Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan; Pekan, Bera dan Rompin di Pahang dan Segamat dan Muar di Johor.

Menurut MetMalaysia lapan daerah itu mencapai amaran kuning atau amaran Tahap 1 pada 4.45 petang Isnin (15 Mei).

Amaran Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu di lokasi antara 35°C dan 37°C selama tiga hari berturut-turut.

Amaran oren atau amaran gelombang haba Tahap 2 akan dikeluarkan apabila suhu antara 37°C dan 40°C selama tiga hari berturut-turut.

Bagi amaran merah pula ia dikeluarkan apabila amaran gelombang haba melampau berlaku apabila suhu melebihi 40°C selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia juga melaporkan kawasan lain di semenanjung, serta Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian di bawah 35°C. – 16 Mei, 2023.

AWAS !!!

PANAS DAH MARI

PANAS DAH DATANG

PANAS DAH SAMPAI

AMIN

HATI HATI

SEDIAKAN AIR

SEBELUM HUJAN

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: