Rabu, 17 Mei 2023

MUHYIDIN BOCOR MAKLUMAT


Muhyiddin dakwa menteri DAP minta kes kalimah Allah selesai luar mahkamah


KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Mohamad Yassin mendakwa menteri dari DAP pernah meminta supaya kes kalimah Allah melibatkan Jill Ireland diselesaikan di luar mahkamah.

Muhyiddin mendedahkan, permintaan itu dibuat ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan 1.0 yang dipimpin oleh  Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

“Pendirian KDN pada masa itu ialah kes ini mesti diputuskan oleh mahkamah mengikut proses undang-undang.

“Antara hujah utama KDN pada masa itu ialah penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dan ini berkemungkinan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” kata Muhyiddin dalam kenyataan, hari ini.

WOIT

KAH KAH KAH

MUHYIDIN BUBUH

MINYAK NAK

NAYALA KAN

LAGI ISU ALLAH

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: