Ahad, 21 Mei 2023

NOH OMAR SETIA PADA NAJIB


Pengundi Tanjong Karang pilih antara budi Noh Omar dan parti

PENGUNDI Tanjong Karang mula berkira-kira untuk kekal menyokong bekas ahli Parlimen Noh Omar, yang menurut mereka banyak menyumbang jasa kepada pemilih di situ.

Mereka kini perlu memilih antara parti yang menyingkirkan Noh, atau bersimpati dengan wakil rakyat tersebut yang membantu mereka sejak hampir 30 tahun lalu.

Pengundi ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka berpeluang mendapat keuntungan sekiranya memilih bekas parti Noh, BN yang merupakan sebahagian daripada kerajaan hari ini.

Kalangan penyokong Noh mengakui pengaruh bekas ahli Parlimen itu cukup besar walaupun sudah menyertai PN selepas disingkirkan BN.


Antara pengundi yang bersimpati pada Noh seorang pemimpin akar umbi Umno, Jaafar Tormon, yang kesal kerana bekas wakil rakyat itu disingkirkan selepas berkhidmat sejak 1995.

Menurutnya, beliau tetap akan mengundi BN dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang namun memberi amaran pengaruh Noh cukup besar untuk menarik sokongan dari BN.

“Saya ahli Umno, dari dahulu sampai sekarang walaupun Umno huru-hara saya tetap pengundi Umno.

“Tetapi pengaruh Noh masih kuat. Andai kata dia berpindah ke PN, PN boleh dapat undi ahli (Umno),” katanya.

Pesara kerajaan berusia 62 tahun itu berkata, pengundi menghargai jasa Noh membantu mereka penduduk melalui pelbagai sumbangan khususnya menjelang perayaan atau majlis keraian.

“Orang sayang kepada Noh, setiap kali bulan puasa dia akan ronda setiap masjid dan surau (di Tanjong Karang), sama-sama berjemaah dengan penduduk.

“Sebelum raya pula, penduduk akan dapat ayam, telur, tapi lepas PRU ini mereka tak dapat apa-apa. Setiap tahun selalunya ada, ayam paling kurang dua ekor,” katanya.

Beliau percaya BN akan tetap berjaya mengekalkan kawasan itu sekiranya tidak menggugurkan Noh dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

“Saya rasa kalau Noh masih (dicalonkan pada PRU15) dengan Umno, (Tanjong Karang) tak mungkin kalah, pengaruh dia besar, ahlinya (Umno) ramai.

“... kalah mungkin tak seteruk ini,” kata Jaafar ketika ditemui di Pekan Tanjong Karang baru-baru ini.

BN tewas pertama kali kerusi itu selepas Noh digugurkan sebagai calon dan digantikan dengan Ketua Wanita Umno Bahagian ketika itu, Habibah Mohd Yusof.

PN merampas kerusi itu melalui Zulkafperi Hanafi yang juga ketua bahagian Bersatu Tanjong Karang dengan majoriti lebih 2,100 undi.

Zulkafperi mendapat sekitar 18,000 undi dengan menewaskan Habibah yang mendapat lebih 15,800 undi, dan calon Pakatan Harapan (PH) Siti Rahayu Baharin meraih 12,314 undi.

BN dan PH yang kini membentuk kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan sedang berunding untuk memastikan pertandingan satu lawan satu bertemu PN dalam PRN kelak.

Noh pada awalnya digantung keahlian untuk tempoh enam tahun selepas PRU15 apabila memihak kepada kem Umno yang cenderung membentuk kerajaan dengan PN.

Beliau bagaimanapun meminta dipecat, dan hasrat itu ditunaikan Umno pada 27 Januari lalu.

Noh dipecat bersama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin atas pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan Umno.

Selepas pemecatan itu, bekas anggota Kabinet itu lantang mengkritik Umno dan berikrar akan menjadikan Tanjong Karang sebagai kubu PN.

Malah beliau juga mendakwa Umno sudah mula hilang bisa dan kini hanya gah pada nama dan dipenuhi kaki bodek.

Kalangan penyokongnya juga kini berani mengaku tidak mengundi calon Umno dalam PRU15 lalu.

Antaranya, ahli Umno yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 54, yang berkata beliau memilih PN ketika itu sebagai tanda protes kerana Noh digugurkan.

Hana juga berkata beliau kesal dengan tindak-tanduk pemimpin Umno yang melakukan tindakan sesuka hati dengan memecat pemimpin yang tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi.

“Undi saya yang lepas bukan kerana saya sokong PN, tetapi disebabkan Noh tidak dicalonkan.

“Untuk PRN kali ini, momentumnya tetap sama, kalau Noh sokong PN kita akan ikut dia ke PN,” katanya.

Jelasnya, beliau memilih sedemikian kerana Noh tetap setia dengan penduduk Tanjong Karang dan kelibatnya masih lagi dapat dilihat dalam majlis anjuran penduduk tempatan walau tiada jawatan.

Namun sentimen ke atas Noh seperti itu dianggap berlebihan oleh sesetengah penyokong PN seperti seorang pengundi tempatan yang mahu dikenali sebagai Kanang, 56.

Sentimen terhadap Noh tidak seharusnya mempengaruhi pengundi kerana zaman pemimpin lama seperti bekas menteri itu sewaktu dalam BN sudahpun berlalu, katanya.

Kini masa untuk anak muda menentukan masa hadapan mereka, tegas Kanang yang melihat pembangunan yang didakwa jasa Noh itu sememangnya tugas yang perlu dilaksanakan.

Oleh itu pengundi sepatutnya terus menyokong PN selepas menolak BN dalam pilihan raya umum lalu, katanya.

“Apa nak takut berubah, orang dah muak dengan BN, momentum PN pun ada lagi. Orang nak berubah sahaja, tukar orang.

“Kalau ikut saya tak perlu pilih dia (Noh) pun, dia dah penuh onak duri, masa dia dah habis. Sekarang masa untuk anak muda tengok perubahan. Apa salahnya cari jalan baharu,” katanya.

Malah, katanya, sentimen terhadap Noh dianggap berlebihan kerana pembangunan infrastruktur di Tanjong Karang seperti hospital adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan, bukan individu.

“Apa yang Noh beri, hospital, itu duit dia ke? Kalau kita ke negara lain, ada juga hospital, itu biasa, itu tugas kerajaan. Bukan tugas peribadi dia. Negara mana tidak ada hospital?

“Noh jadi menteri sahaja, itu kewajipan (kerajaan bangunkan infrastruktur) jalan raya. Itu semua kalau komunis pun, DAP pun tetap juga kena buat.

“Jasa dia tiada di sini. Tiada apa dari Noh untuk Tanjong Karang,” kata usahawan itu.

Noh kini mempromosi anak perempuannya Nurul Syazwani yang dinamakan sebagai calon PN untuk bertanding di Permatang, salah satu daripada dua kerusi DUN dalam Tanjong Karang.

Selain ketua Srikandi Muda Bersatu itu, PN turut menamakan yang dipertua PAS Tanjong Karang Mohd Zamri Mohd Zainuldin di satu lagi kerusi di kawasan itu, Sungai Burong. – 21 Mei, 2023.

NOH OMAR

ADALAH SALAH

SEORANG PEMIMPIN

CONTOH

YANG SETIA PADA

NAJIB

AMIN

NOH OMAR LIHAT

ZAHID TINGGALKAN

NAJIB NAZAK

DALAM PENJARA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: