Ahad, 21 Mei 2023

SUKAN DAN POLITIK


Sukan mesti dijauhkan daripada politik, kata Hannah

SEBAIK-baik sukan itu mesti dijauhkan daripada politik, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung penglibatan orang politik dalam mana-mana persatuan sukan.

Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan pentingnya pembabitan individu berpengaruh bagi memperoleh dana mencukupi serta menyelesaikan masalah kekangan kewangan persatuan sukan terlibat.

“Tapi cuma untuk pastikan reset sukan negara ini berlaku, persatuan perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk bangunkan sukan tersebut.

“Sebab itu juga bila mereka nak cari dana, mereka akan cari tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh untuk bantu cari dana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjayakan reset sukan negara tersebut berikutan bakat-bakat muda hadir daripada institusi sekolah serta pengajian tinggi.

“Untuk kita pastikan kita dapat platform paling besar bagi mendapatkan bakat-bakat baharu ini, kita tidak boleh bergantung kepada MSN (Majlis Sukan Negara), Putrajaya atau di peringkat kebangsaan sahaja.

“Kita perlu pergiatkan lagi dan saya percaya dengan adanya geran padanan yang diberikan Kementerian Kewangan sebanyak RM40 juta tahun ini, lebih banyak kejohanan seperti hari ini dapat dilaksana yang anak-anak kecil boleh datang bersama dan melahirkan minat baharu dalam sukan,” katanya.

Isu reset sukan negara mula menjadi topik panas, susulan rekod terburuk kontinjen Malaysia yang gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, serta menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh secara keseluruhan di Sukan SEA 2023 Kemboja. – Bernama, 21 Mei, 2023.

WOIT

INI KENYATAAN

AMAT BANGANG

AMIN

MUSTAHIL SUKAN

DAPAT DI PISAH

DARI POLITIK

AMIN

TERKENTUT PUN

POLITIK

AMIN

NAK KENTUT

BERBUNYI

NAK SENYAP

NAK DIAM DIAM

SEMUA POLITIK

KHALAS

Tiada ulasan: