Khamis, 3 Ogos 2023

BEKERJA DI KEDAH


PN Kedah tawar 100,0000 peluang pekerjaan, rumah mampu milik

JITRA – Perikatan Nasional (PN) Kedah menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun melalui pelaburan dan projek berimpak tinggi dalam manifesto pilihan raya negeri.

Pelancaran manifesto itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PN negeri ini turut menawarkannya sejumlah 15,000 kediaman mampu milik menjelang tahun 2030.

Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya memaklumkan, 17 tawaran PN Kedah itu merupakan kesinambungan daripada pentadbirannya sebelum ini.

“Kita akan jayakan The Greater Kedah, selaras dengan Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti,” katanya ketika berucap sempena Jelajah Mega PN Best.

Selain itu, PN Kedah turut menyediakan lot tanah kediaman mampu milik bagi rakyat Kedah berpendapatan rendah; memperhebat agenda pendidikan serta menyelesaikan isu berkaitan dengan bekalan air besih.

Tawaran lain turut merangkumi,  soal tadbir urus; memperkasa intitusi masjid; hab pengeluaran makanan; mengangkat peranan belia sebagai pembuat polisi;mewujudkan pusat pembangunan wanita; pelaburan berimpak tinggi; penyampaian perkhidmatan efisyen; keusahawanan; baik pulih kediaman; memperhebat kempen kebersihan serta  meneroka, memulihkan dan mempromosi produk pelancongan. 

WOIT

BETUL KE NI

ADA 100,000

KERJA KOSONG

DI KEDAH

AMIN

KALAU BETUL

KEDAH DAH JADI

MACAM SELANGOR

KAH KAH KAH

ATAU INI RETORIK

KEMPEN PRN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: