Khamis, 3 Ogos 2023

LONDEH JANGAN TAK LONDEH



Presiden Gerakan nafi dakwaan dihalau dari ceramah PAS


PRESIDEN Gerakan Dominic Lau menafikan laporan yang mendakwa beliau diminta untuk meninggalkan ceramah PAS malam tadi.

Lau berkata beliau pergi ke ceramah berkenaan untuk bertemu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Saya berada di sana untuk bertemu dengannya tetapi kerana acara itu berjalan lambat saya tidak dapat bercakap dengannya dan terpaksa pergi.

“Abdul Hadi Awang meminta untuk bertemu pada pukul 9 malam di Ceramah Sg Dua sebelum acara bermula tetapi dia lewat dan berada di sana sekitar 10.30 malam.

“Memandangkan ceramah telah bermula saya tidak dapat bercakap dengannya. Tidak benar dakwaan yang mengatakan saya diminta untuk beredar,” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Terdapat laporan berita mendakwa presiden Gerakan itu diberitahu untuk meninggalkan ceramah mega Perikatan Nasional di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.

Parti itu tidak dijemput ke majlis berkenaan, namun Lau hadir.

Ketika pemimpin PN lain naik ke atas pentas, Lau sedang menunggu di seberang pentas bersama sekumpulan penyokong PN.

Lau yang merupakan calon PN bagi kerusi Bayan Lepas di Pulau Pinang berkata beliau terpaksa beredar tanpa berjumpa Hadi kerana terpaksa pulang.

“Pada penghujung setiap hari kami perlu berkumpul semula dan mengadakan mesyuarat untuk merancang keesokan harinya.

“Ketika kami meninggalkan ceramah, ia hampir pukul 11 malam,” katanya. 

Ahli akar umbi PAS sebelum penamaan calon Sabtu lalu membantah pencalonan Lau di Bayan Lepas.

Mereka merasakan kerusi berkenaan adalah kerusi majoriti Melayu dan patut letakkan calon daripada parti Islam itu. – 2 Ogos, 2023.


 

TIBAI JAGAN

TAK TIBAI

AMIN

LONDEH JANGAN

TAK LONDEH

AMIN

SALAH BENAR

TAK MUTAHAK

YANG PENTING

LONDEH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: