Rabu, 23 Ogos 2023

HAK UNTUK MEMBANTAH


Aktivis gesa kaum India boikot PRK tanda protes terhadap Anwar

AKTIVIS Arun Dorasamy menyeru kaum India memboikot pilihan raya kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram pada September nanti.

Ia katanya sebagai protes terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyertai majlis pengislaman seorang pemuda India.

“PM (Anwar) perlu bersikap lebih sederhana dalam isu berkaitan kaum India dan agama Hindu.

“Adakah wajar bagi PM (Anwar) menyertai majlis itu? Beliau sepatutnya berkecuali kerana beliau adalah PM untuk semua kaum dan penyokong terbesarnya ialah bukan Islam,” kata Arun kepada The Malaysian Insight.

Arun berkata beliau juga penyokong Pakatan Harapan dan tidak meminta kaum India mengundi Perikatan Nasional dalam PRK itu.

“Ini sebaliknya adalah protes terhadap PM. Ini adalah isu sensitif.

“Sebelum ini kita hanya tahu pihak berkuasa agama boleh melakukan (pengislaman), tetapi nampaknya sekarang sesiapa pun boleh melakukannya.

“Kami faham ia tidak menyalahi undang-undang, tetapi PM boleh mengelak situasi ini.”

Arun yang juga pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) berkata beliau dipanggil polis untuk memberikan keterangan selepas mempersoalkan peranan Anwar dalam majlis pengislaman itu.

Baru-baru ini, tular klip video Anwar mengajar seorang lelaki mengucap “kalimah syahadah” dan mengundang pelbagai reaksi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan terhadap pemilik akaun Facebook itu dibuat susulan catatan videonya pada 18 Ogos lalu.

“Pengendali akaun Facebook itu telah dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk diambil keterangan semalam bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 23 Ogos 2023.

KITA HORMATI

HAK SESIAPA SAJA

 UNTUK 

MEMBANTAH

AMIN

MELAWAN

 KERAJAAN

NAK TUMBANGKAN

KERAJAAN

BUKAN JENAYAH

AMIN

JENAYAH SEPERTI

NAJIB CURI

DUIT 1MDB

AMIN

JENAYAH TIPU

KERAJAAN BELI

KAPAL TAPI 

KAPAL TAK WUJUD

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin cerdik semakin Bodoh semakin ke belakang tirai, semuanya siang malam bab politik, kah kah kah