Rabu, 23 Ogos 2023

NAJIB NAZAK DI KAJANG ?



Setahun Najib dipenjara


BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini mengingatkan sudah setahun beliau meringkuk di penjara melalui satu hantaran di Facebook.

Hantaran yang berbunyi: “Sudah setahun dalam penjara #JusticeforNajib” dan poster gambarnya dengan kapsyen: ‘Genap Setahun Najib Terus Dizalimi’.

Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman dijatuhi Mahkamah Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau yang berusia 70 tahun merupakan perdana menteri pertama negara yang dipenjarakan.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Najib gagal dalam rayuannya bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan beliau membuat rayuan namun keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Penyokong bekas Ahli Parlimen Pekan itu percaya beliau mangsa pendakwaan politik walaupun disiasat di seluruh dunia dalam kes berkaitan 1MDB.

Najib masih berdepan 42 lagi pertuduhan dalam lima perbicaraan berasingan berkait 1MDB. – 22 Ogos, 2023.



WOIT

BARU SETAHUN

DAH NAK KOMPLIN

AMIN

KES ADA BANYAK

LAGI BELUM 

JATUH HUKUM

KAH KAH KAH

KELUAR MASUK

MAHKAMAH

PAKAI CANTIK

AMIN

ADA 

ALMARI PAKAIAN

 KE

DALAM PENJARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: