Rabu, 23 Ogos 2023

TAHNIAH PAS



Adun kerajaan, pembangkang terima peruntukan sama, kata MB Kelantan


MENTERI Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud memberi jaminan semua Adun negeri itu akan menerima peruntukan sama daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata pihaknya akan berlaku adil kepada semua wakil rakyat sama ada daripada pembangkang kerana mereka dipilih rakyat. 

“Walaupun aliran politik berbagai-bagai, pilihan raya telah selesai, yang ada ialah wakil rakyat iaitu wakil kepada rakyat,” katanya pada sidang media bagi Pengumuman Senarai Portfolio Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, PAS dan Bersatu menang 43 daripada 45 kerusi DUN dipertandingkan, manakala dua kerusi dimenangi calon Pakatan Harapan Dr Hafidzah Mustakim (DUN Kota Lama) dan calon Barisan Nasional Mohd Syahbuddin Hashim (DUN Galas).

Dalam perkembangan lain, Nassuruddin berkata pihaknya akan merapatkan hubungan dengan kerajaan persekutuan atas prinsip memenuhi kebajikan dan keperluan rakyat, terutama dalam menangani masalah air.

Beliau berkata kerajaan negeri juga dijangka mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan memanfaatkan kepakaran anak-anak Kelantan dan meningkatkan hubungan strategik dengan negara luar dalam bidang pendidikan serta ekonomi. 

Berikut senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan 2023-2028:

1. Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah).

2. Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang).

3. Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi).

4. Mohd Asri Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta).

5. Md Anizam Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawan).

6. Hilmi Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar).

7. Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi).

8. Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar).

9. Rohani Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita).

10. Kamarudin Md Nor (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

11. Zamakhshari Muhamad (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat). – Bernama, 23 Ogos 2023.

TAHNIAH PAS

TUNJUKAN CARA

YANG BAIK

YANG ADIL

AMIN

KALAU  PAS TAK

HEBOH HUKUM

SANA SINI

 AMIN

JANJI

SYURGA NERAKA

TAPI

TUMPU PADA

KEBAJIKAN RAKYAT

MAKA

PRU16 ADA

CHAN PAS JADI 

KERAJAAN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Atur air bersih dulu Pak MB, syurga neraka boleh atur kemudian, hanya dua geng lain, mestilah adil saksama mesti bagi sebab hanya dua ekor dari bangsa lain agama lain kah kah kah ini baru ketuanan Melayu Isle kah kah kqh

Tanpa Nama berkata...

Setiap riak ada motivasi setiap langkah nak pujuk manusia nak syurga bagi keseluruhan selesai sikit, ada makan ada rumah ada duit sikit selesa kah kah kah tak payah roket tak payah candat sotong kah kah kqh

Tanpa Nama berkata...

Din copong suka sebut taik. Pengat taik. Taik Anuar. Pemimpin lain suka kencing. Din copong suka taik. Ada juga aktivis masyarakat kencing tak basuh pipit. Hahaha.