Selasa, 19 Disember 2023

FATWA MAT MASLAN



Cukuplah, kenapa perlu ada pilihan raya satu lagi, kata Ahmad Maslan

PILIHAN raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan kegusaran politik, demikian pandangan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut menzahirkan keyakinan kerajaan perpaduan tidak akan meluluskan syor Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai itu yang mencadangkan kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

“Pada pandangan saya, tidak perlu (pilihan raya PBT). Saya selaku ahli MKT (Umno), tidak mahu bertambah runcing perkauman di negara kita ini,” katanya kepada media selepas melawat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Kajang, hari ini sebagai mengulas gesaan Tan yang mahu kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara sebagai langkah memperkukuh demokrasi.

Ahmad berkata pilihan raya PBT tidak perlu diadakan memandangkan sistem PBT itu sendiri seperti Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya dianggotai oleh wakil pelbagai kaum.

“Cukuplah Pilihan Raya Negeri dan Parlimen, kenapa perlu ada pilihan raya satu lagi,” katanya.

Pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaan pada 1960-an sebelum digantikan dengan sistem lantikan ketua iaitu Datuk Bandar dan Yang DiPertua Majlis termasuk ahli majlis. – Bernama, 19 Disember, 2023.

KAH KAH KAH

INI FATWA DARI

MAT MASLAN

KAH KAH KAH

SOSOK TERBIJAK

TERHEBAT DARI

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat lantikan ini semua kaum kerabatku kroni belaka, susah nak cari makan kalau ada orang dipilih melalui pilihanraya betul tak? Projek projek kontraktor kelas kelas terpilih susah dapat projek, nanti nak buat open tender kena telus kena terbuka pasti hilang sokongan kontrak kelas terpilih kepada parti gerombolan kah kah kah kita tahu lah niat mereka nak menjaga kerabat sendiri tetapi jangan lupa jalan kemajuan kerana bangsa agama negara sudah lama dilupakan oleh ahli-ahli United Gerombolan Sdn berhad sendiri kah kah sampai melayu sanggup undi Taliban walaupun mereka tahu Taliban susah kurang akal untuk menerima tugas berat kah kah kah