Selasa, 19 Disember 2023

RANCANGKAN UBAH SEMPADAN !!!


Persempadanan semula kawasan Parlimen kad terakhir PH-BN

KUALA LUMPUR – Persempadanan semula kawasan Parlimen dikatakan sebagai kad terakhir Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk terus memenangi pilihan raya umum (PRU).

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, gabungan PH dan BN gagal menambah kerusi pada enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.

“Senario ini jika dibiarkan dalam masa empat tahun akan menjadi lebih teruk buat gabungan PH-BN.

“Justeru, persempadanan semula dengan memberikan lebih kerusi kepada mereka untuk menang dengan peluang yang lebih tinggi akan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor meluluskan usul mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen di seluruh negara menjelang PRU16.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berharap Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan khususnya UMNO untuk membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, masih ada ruang berbuat demikian kerana kelulusan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

“Namun, jika kuasa dalam jangka masa pendek jadi keutamaan, silakanlah menjadi alas duduk kepada PH.

“Sejarah akan mengenang ‘sumbangan’ ini untuk dipelajari oleh anak-anak kita satu hari nanti,” jelasnya. – 

AWAS!!!

WASPADA

PROJEK INI

SEDANG BERJALAN

AMIN

RANCANGAN SDG

DI SUSUN

AMIN

APA TINDAKAN

AKAN DI BUAT 

UNTUK HALANG ?

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah mesti kerja Yahudi mesti kerja DAP mesti kerja komunis, orang-orang kita baik terpaling hebat terpaling indah akhlaknya sampai jatuh bumi langit sekaki