Selasa, 19 Disember 2023

TANAH MELAYU AKAN JADI TANAH CHINA



Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah


Isu pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dibangkitkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin selepas mendakwa menerima maklumat sumber peserta akan layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini.

Ahli Parlimen (MP) Masjid Tanah itu mendakwa sumber tertentu memberitahunya warga China yang menyertai program MM2H akan layak untuk mendapat status PR selepas pengumuman oleh seorang Menteri, katanya dalam hantaran di media sosial.

“Dengar cerita YB Menteri Pelancongan buat pengumuman bagi warga negara China yang sertai dan dapat Pas MM2H, terus layak dapat PR.

“Woww…,” katanya dalam ciapan di aplikasi X lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Naib Ketua Srikandi Bersatu itu tidak menjelaskan lebih lanjut sumber yang menceritakan perkara berkenaan malah tidak menyatakan nama menteri berkenaan secara khusus.

Setakat ini belum dapat dipastikan berhubung cakap-cakap berkenaan dan setakat berita ini ditulis dan pihak Utusan Malaysia sedang melaporkan masih cuba mendapatkan keterangan lanjut daripada Mas Ermieyati.

Utusan juga melaporkan usaha menghubungi Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing untuk mendapat respon belum berjaya.

MM2H diperkenal Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggalakkan lebih ramai peserta dari negara luar atau warga asing menetap di sini sekali gus mendorong pengaliran masuk mata wang asing.

Program diperkenal pada 2002 hingga 2019 itu merangsang ekonomi negara berjumlah RM11.89 bilion secara kumulatif menerusi fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah.

Pada Ogos 2021, kerajaan mengaktifkan semula program itu dengan beberapa syarat tambahan antaranya peserta wajib berada di negara ini sekurang-kurangnya 90 hari kumulatif setahun, mempunyai pendapatan luar pesisir sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding hanya RM10,000 sebelum ini.

Namun, kini peserta dikenakan syarat tambahan antaranya perlu mempunyai akaun deposit tetap minimum RM1 juta dengan 50 peratus pengeluaran maksimum dibenarkan untuk tujuan membeli hartanah, per­belanjaan kesihatan dan pendidikan anak.

Berdasarkan jawapan bertulis Dewan Rakyat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memberitahu, seba­nyak 1,905 permohonan MM2H diluluskan antara November 2021 hingga 30 September lalu manakala 2,100 permohonan diterima sepanjang tempoh itu.



NASIB MELAYU

MAKIN BERAT

KAH KAH KAH

NEGARA TERGADAI

PADA CHINA

AMIN

MASIH TAK SEDAR

DIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: