Selasa, 19 Disember 2023

AL- FATIHAH



Bekas Presiden Majlis Peguam meninggal dunia

KUALA LUMPUR- Bekas presiden Majlis Peguam Sulaiman Abdullah menghembuskan nafas terakhir petang semalam pada usia 77 tahun.

Berita duka itu dikongsikan anak lelakinya, pelakon dan penulis drama Huzir Sulaiman menerusi satu pesanan khidmat ringkas.

Ujar beliau, allahyarham sehingga akhir hayatnya masih berfikiran tajam dan cerdas meskipun berdepan pelbagai cabaran kesihatan.

Malah menurut beliau, bapanya terus mewakili anak guam serta berkhidmat dalam pelbagai jwatankuasa serta panel penasihat.

Allahyarham juga pernah terlibat dalam krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran  Mohd Nizar Jamaluddin.

Sulaiman dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam pada 2000-2001.

 

AL-FATIHAH

ARWAH

PERNAH JADI

PEGUAM UNTUK

OKT REFORMASI

AMIN

Tiada ulasan: