Sabtu, 20 Julai 2024

GANGGUAN SIBER



Syarikat penerbangan, bank, firma media alami gangguan siber

LONDON: Syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat (AS) menghentikan operasi penerbangan dengan alasan isu komunikasi, manakala syarikat penerbangan lain, syarikat media, bank dan firma telekomunikasi di seluruh dunia turut melaporkan gangguan sistem terhadap operasi mereka.

American Airlines, Delta Airlines, United Airlines dan Allegiant Air menghentikan penerbangan kurang sejam selepas Microsoft memaklumkan, ia menyelesaikan gangguan perkhidmatan awannya yang memberi kesan kepada beberapa syarikat penerbangan tambang rendah.

Tidak pasti sama ada tindakan menghentikan penerbangan daripada berlepas itu ada kaitan dengan gangguan awan Microsoft sebelum itu.

Di Australia, media, bank dan syarikat telekomunikasi mengalami gangguan, yang menurut kerajaan dilihat berkaitan dengan isu di firma keselamatan siber global Crowdstrike.

Laman web Crowdsourced Downdetector, menunjukkan gangguan di beberapa bank dan syarikat telekomunikasi.

Crowdstrike melaksanakan rakaman mesej telefon hari ini apabila Reuters menghubungi sokongan teknikalnya, mengatakan ia sedia maklum mengenai laporan gangguan sistem pengendalian Windows Microsoft yang berkaitan dengan sensor Falconnya, tanpa menyebut Australia.

Tiada maklumat yang menyatakan gangguan itu adalah insiden keselamatan siber, kata penyelaras pejabat keselamatan siber nasional Australia, Michelle McGuinness dalam catatan di X.

Gangguan itu berlaku jauh dan luas, dengan Sepanyol melaporkan insiden komputer di semua lapangan terbangnya.

Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah berdasarkan jumlah penumpang memberi amaran kepada penumpangnya mengenai potensi gangguan yang dikatakan akan menjejaskan semua syarikat penerbangan yang beroperasi merentasi rangkaian, walaupun ia tidak menyatakan jenis gangguan itu.

Penyedia perkhidmatan awan AWS dalam kenyataan berkata, ia sedang menyiasat laporan isu sambungan terhadap insiden Windows EC2 dan Workspaces dalam AWS.

Tidak jelas sama ada semua gangguan yang dilaporkan ada kaitan dengan masalah Crowdstrike atau terdapat isu lain yang sedang berlaku.

Sementara itu, Penguasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye, berkata hasil siasatan berhubung gangguan global dalam peranti yang menggunakan sistem pengendalian Windows, mendapati gangguan itu dikaitkan dengan perisian syarikat keselamatan siber CrowdStrike yang berpangkalan di AS.

Katanya, gangguan itu bukan disebabkan serangan siber.

Pada masa sama, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan beberapa syarikat penerbangan meminta bantuan untuk pesawat mereka mendarat berikutan isu teknikal yang menjejaskan sistem teknologi maklumat (IT) di syarikat penerbangan AS.

Selain itu, bank, lapangan terbang dan pasaran saham India turut dilanda gangguan teknologi maklumat global hari ini.

Syarikat penerbangan India juga melaporkan, gangguan perkhidmatan akibat gangguan yang menyebabkan komputer ditutup atau dimulakan semula.hos Windows - CrowdStrike

DARI SATU SEGI

DILIHAT GERGASI

SIBER KUAT

AMIN

DARI SUDUT

LAIN DILIHAT

ADA KELEMAHAN

KHALAS

Tiada ulasan: