PEMANDU MABUK
ADALAH BAKAL
PEMBUNUH
AMIN
MASA DAH
SAMPAI TUKAR
TUDUHAN MABUK
LANGGAR MATI
KEPADA BUNUH
TANPA NIAT
KHALAS
Pelayan bar tak mengaku mabuk rempuh mati ibu muda
MELAKA – Seorang pelayan bar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang ibu muda berusia 21 tahun, Selasa lalu.
Tertuduh, S. Darshan, 23, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu sebuah kereta di atas jalan raya di bawah pengaruh alkohol dalam darah dan menyebabkan kemalangan maut dengan penunggang motosikal menyebabkan kematian Nur Aleya Natasha Roslan, 21.
Kejadian berlaku di Jalan Ujong Pasir hadapan Kondominium Pasir Mutiara dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 2.30 pagi 5 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan denda minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000.
Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dari tarikh sabitan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 selain syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bergaji bulanan RM2,200 dan menanggung bapanya berusia 58 tahun yang mempunyai masalah kesihatan.
Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandu tertuduh ditahan sehingga prosiding selesai.
Kes akan disebut semula pada 10 Jun depan.
MalaysiaGazette pada 5 Mei lalu melaporkan seorang ibu muda mempunyai anak berusia dua tahun maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk di Jalan Ujong Pasir. –

Tiada ulasan:
Catat Ulasan