WOIT
WAKTU SAKIT
DIA BERJAYA
MEMBALON AMERIKA
AMIN
SEKARANG
SUDAH SEHAT
PASTI AMERIKA
LUNYAI DI SERANG
KHALAS
Pemimpin tertinggi Iran sudah 'sihat sepenuhnya'
TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, kini sudah 'sihat sepenuhnya' selepas cedera dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel.
Mojtaba dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan ke atas kompleks pejabat kepimpinan Iran pada hari pertama perang pada 28 Februari lalu, menurut seorang pegawai kanan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kenyataan itu adalah pengesahan pertama yang memperincikan keadaan kesihatan pemimpin tertinggi terbabit serta kecederaan yang dihadapinya semasa serangan perang.
Menurut Agensi Berita Fars Iran, Mazaher Hosseini, Ketua Pengarah Protokol di pejabat pemimpin tertinggi berkata Mojtaba Khamenei cedera dalam serangan menyasarkan kompleks berkenaan, ketika pencalonannya sebagai pemimpin tertinggi masih belum berlaku.
Beliau turut memaklumkan bahawa Mojtaba tidak berada di kawasan yang biasanya digunakan untuk menyampaikan kuliah ketika serangan berlaku, dengan lokasi itu kemudiannya 'rata' akibat pengeboman.
Pegawai itu menambah, kediaman Khamenei turut menjadi sasaran, dan menyatakan bahawa isterinya serta beberapa individu lain terbunuh dalam serangan itu.
Hosseini berkata Khamenei tercampak ke tanah akibat gelombang letupan ketika menuju ke kediaman berkenaan dan mengalami kecederaan pada tempurung lutut serta bahagian bawah belakang.
"Kecederaan belakang telah pulih sepanjang tempoh ini, dan kecederaan pada tempurung lutut juga akan sembuh tidak lama lagi. Beliau berada dalam keadaan sihat sepenuhnya," katanya menurut Fars.
Beliau turut menafikan spekulasi mengenai kecederaan di bahagian dahi Khamenei, dengan menyatakan hanya terdapat 'rekahan kecil di belakang telinga' yang telah dirawat.
Hosseini berkata musuh Iran sedang berusaha mendapatkan rakaman audio, video atau bahan berkaitan Khamenei 'untuk mengambil tindakan terhadapnya', sambil menambah beliau akan menyampaikan kenyataan kepada umum pada 'masa yang sesuai'.
Mojtaba dilantik sebagai pemimpin tertinggi pada 9 Mac selepas kematian bapanya, Ali Khamenei, dalam serangan AS-Israel pada 28 Februari. Sejak memegang jawatan itu, beliau hanya berkomunikasi melalui kenyataan bertulis. - AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan