Ahad, 10 Mei 2026

APA MAKNA BERITA INI ?


BERITA INI

BERI TANDA

KERAJAAN 

MADANI ANWAR 

BIN IBRAHIM

LEMAH

AMIN

KERAJAAN TITAH

JADI

MANGSA PAU

AMIN

SILAP HARI BULAN

SABAH & SARAWAK

LARI DARI MALAYSIA

KHALAS

AMIN


Sarawak mahu ambil alih beberapa lagi entiti strategik daripada Kerajaan Persekutuan

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk mengambil alih beberapa lagi entiti strategik daripada Kerajaan Persekutuan, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan autonomi ekonomi serta kawalan terhadap aset penting negeri ini.

Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, berkata langkah itu selari dengan agenda memperluaskan hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, langkah itu akan dilaksana berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

"Sebab itu dalam tempoh enam tahun lalu, kita mengambil langkah mengukuhkan ekonomi dengan mengambil alih kuasa tenaga Empangan Hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kita mengambil alih Pelabuhan Bintulu; mewujudkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan syarikat penerbangan AirBorneo; serta mengambil alih majoriti ekuiti bank komersial Affin Bank.

"Malah, banyak lagi yang kita hendak ambil alih daripada Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Kira-kira 3,000 pekerja daripada 34 kesatuan sekerja, hadir pada perhimpunan itu.

Bagaimanapun, Abang Johari tidak menjelaskan lanjut apa entiti strategik baharu yang akan diambil alih itu.

Katanya, pengambilalihan serta kewujudan banyak entiti strategik itu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, anak Sarawak akan diberikan latihan yang betul dengan memfokus kursus dalam bidang teknikal.

"Mulai tahun ini, Kerajaan Sarawak menawarkan 64 program di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak untuk melahirkan anak Sarawak yang pakar dalam bidang sains, kewangan serta undang-undang baharu, termasuk undang-undang siber," katanya.

Sementara itu pada majlis sama, beliau turut melancarkan 'Job Sarawak', iaitu platform pekerjaan rasmi Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat negeri ini mendapatkan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan padanan kerjaya dengan majikan tempatan.

Inisiatif itu adalah sebahagian usaha memperkukuhkan pembangunan modal insan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak Sarawak, khususnya dalam sektor strategik.

Tiada ulasan: