Sabtu, 13 Jun 2026

PAS BOLEH MEMIMPIN NEGARA


PAS DITERIMA

MEMIMPIN NEGARA

DENGAN DASAR:

JAGA RUMAH

JAGA HOSPITAL

JAGA SEKOLAH

JAGA KERJA

JAGA KEDAI

BUKAN JAGA

BURIT RAKYAT

KHALAS


PAS tegas mahu pimpin PN teraju negara
Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, menegaskan dia akan memimpin gabungan itu ke arah mengambil alih kerajaan persekutuan pada PRU akan datang ketika hala tuju kerjasama politik pembangkang masih menjadi tanda tanya.

Berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut malam tadi, Ahmad Samsuri berkata, pelbagai persoalan dibangkitkan termasuk mengenai masa depan PN, kedudukan PAS dalam gabungan itu serta bentuk kerjasama dengan pihak lain.

“Sudah tentu dalam kalangan tuan-tuan yang hadir malam ini ada pelbagai persoalan yang berkait dengan Kedah dan Malaysia.

“Antaranya bila pilihan raya negeri dan pilihan raya umum, apa akan jadi dengan PN, sama ada PAS akan kekal memimpin PN (atau tidak) dan bagaimana bentuk kerjasama dengan pihak lain di luar PN, termasuk persoalan lambang yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Dia yang juga Naib Presiden PAS berkata aspek berkaitan strategi dan hala tuju parti tidak diputuskan secara individu kerana PAS mengamalkan proses membuat keputusan secara kolektif.

Justeru, kata Ahmad Samsuri, kehadirannya di majlis tersebut bukanlah untuk menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran orang ramai khususnya pendukung PAS.

Bahkan, kata Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman itu lagi, PAS tidak diuruskan dengan “kuasa veto” oleh mana-mana individu atau badan parti seperti didakwa sesetengah pihak yang “nakal”.

“Dalam kepimpinan PAS, kita tidak ada kuasa veto.

“Ada suara nakal menyebut dalam PAS ada pihak tertentu yang menetapkan keputusan.

“Tetapi (sebenarnya) sebarang keputusan (PAS) sama ada berkait gerak kerja, prinsip atau dasar dibuat secara kolektif selepas perbincangan yang panjang, berdasarkan data, maklumat, analisis serta pandangan daripada pelbagai pihak dan negeri,” katanya.

Pendekatan tersebut diambil, kata Ahmad Samsuri, bagi memastikan setiap keputusan PAS dibuat secara menyeluruh dan mengambil kira pelbagai pertimbangan.

Dia juga menegaskan sekali lagi bahawa keutamaan PAS ialah mengukuhkan PN.

“Sebagaimana yang saya telah keluarkan kenyataan kepada wartawan, kita (PAS) akan tetap terus memimpin PN dan membawa ia untuk menerajui negara ini, insya-Allah, dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut.

Dalam ucapan sama, bekas ahli akademik itu berkata perjuangan PAS dan PN tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata-mata tetapi turut merangkumi usaha membina masyarakat, memperkukuh institusi dan membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.

Menurutnya, pilihan raya merupakan salah satu medan perjuangan yang turut mengandungi unsur tarbiah dan dakwah.

Pada masa sama, dia mengingatkan anggota dan penyokong PAS supaya tidak leka sebaliknya serta terus memperkukuh gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Kenyataan Ahmad Samsuri itu dibuat ketika hubungan di antara PAS dengan satu lagi komponen utama PN - Bersatu - belum menunjukkan sebarang tanda untuk pulih.

Tiada ulasan: