PELAJAR INDON
TUNJUK JALAN
BETUL UNTUK
LAWAN KERAJAAN
MAFIA KOPORAT
AMIN
SUSUN ATUR
TURUN KE JALAN
KHALAS
Demonstrasi mahasiswa bantah kenaikan harga bahan api
JAKARTA: Ratusan mahasiswa dari pelbagai kampus di Jakarta mengadakan tunjuk perasaan di Bundaran HI Indonesia (HI), semalam.
Bagaimanapun, tindakan mereka dihalang oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan polis berhampiran Stesen Sudirman di Jakarta Pusat, kira-kira beberapa ratus meter dari Bundaran HI.
Mengikut laporan BBC News Indonesia, berlaku insiden tolak-menolak antara mahasiswa dengan pasukan TNI dan polis sekitar jam 4 petang waktu Indonesia Barat (WIB).
Pasukan TNI dan polis membentuk beberapa lapisan benteng kawalan di Jalan Sudirman bagi menghalang pergerakan peserta demonstrasi.
Terdahulu itu, sebahagian bas yang membawa peserta demonstrasi ditahan polis berhampiran Jambatan Semanggi sekitar jam 1 tengah hari.
Mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke Bundaran HIPolis melarang mahasiswa mengadakan demonstrasi di Bundaran HI dengan alasan kawasan itu bukan lokasi untuk menyampaikan aspirasi rakyat.
Polis kemudian cuba mengalihkan demonstrasi mahasiswa ke hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau kawasan Patung Kuda berhampiran Monumen Nasional (Monas).
Namun, cadangan itu ditolak oleh mahasiswa.
Salah seorang peserta demonstrasi dalam temubual dengan wartawan berkata, mereka tetap bertegas untuk mengadakan demonstrasi di Bundaran HI kerana berpendapat bahawa DPR tidak menjalankan fungsinya. Mereka juga menolak untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Merdeka.
Ketua Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Indonesia (BEM UI), Yatalathof Ma'shum Imawan, berkata mereka memilih untuk mengadakan demonstrasi di Bundaran HI bagi menyedarkan rakyat bahawa keadaan negara ketika ini tidak baik-baik sahaja.
Polis mengesahkan bahawa pihaknya sedang berusaha mengalihkan demonstrasi mahasiswa ke kawasan berhampiran Patung Kuda atau bangunan Dewan Perwakilan Rakyat/Majlis Permusyawaratan Rakyat (DPR/MPR).
Ketua Bahagian Perhubungan Awam (Humas) Polda Metro Jaya, Kombes Pol Budi Hermanto, berpendapat bahawa Bundaran HI adalah kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti ekonomi.
"Kawasan sekitar Bundaran HI bukan lokasi yang sesuai untuk menyampaikan aspirasi," katanya.
Menurut beliau, kawasan sekitar Bundaran HI menjadi lokasi pelbagai aktiviti ekonomi dan kegiatan masyarakat yang lain.
"Oleh itu, kita semua perlu saling memahami dan menghormati antara satu sama lain," katanya.
Demonstrasi itu digerakkan oleh Badan Eksekutif Mahasiswa Universiti Indonesia (BEM UI) bersama gabungan mahasiswa dan aktivis masyarakat sivil di bawah slogan #IndonesiaMenujuBangkrut atau "Indonesia Menuju Bankrap".
Antara lima tuntutan utama mahasiswa ialah menghentikan pembaziran belanjawan negara, menurunkan harga barang asas dan bahan api, menghentikan program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) dan projek Koperasi Desa Merah Putih, selain menamatkan pembabitan tentera dalam urusan awam.
Mahasiswa juga mahu Presiden Prabowo mengakui kelemahan pemerintahannya. - AGENSI / BBC//ends…#kw, Indonesia, tunjuk perasaan, Bundaran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan