IKLIM DUNIA
MAKIN PANAS
AMIN
JANGAN TEBANG
HUTAN
AMIN
HIJAU & TANAM
MAKANAN SENDIRI
AMIN
KRISIS BESAR
AKAN SAMPAI
KHALAS
El Nino dijangka menguat, beri kesan pertanian, kesihatan, alam sekitar
KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino yang dijangka berterusan dan menguat menjelang hujung tahun ini berpotensi memberi kesan kepada sektor pertanian, kesihatan serta alam sekitar di Malaysia.
Pakar meteorologi Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Dr Azizan Abu Samah, berkata berdasarkan ramalan Pusat Ramalan Iklim (CPC) di bawah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), fenomena itu menyebabkan taburan hujan berkurangan antara 10 hingga 20 peratus daripada purata.
Beliau berkata, keadaan itu boleh meningkatkan risiko kemarau dan gelombang haba terutama di utara Semenanjung, namun pada masa sama berpotensi mengurangkan risiko banjir besar di beberapa kawasan berikutan taburan hujan yang lebih rendah.
"Fenomena ini juga mempunyai kesan positif yang jarang diberi perhatian apabila cuaca panas merangsang aktiviti pembungaan menyeluruh di hutan, sekali gus bakal menghasilkan bumper harvest buah-buahan hutan seperti durian dan ara untuk hidupan liar.
"Namun, cuaca panas secara tidak langsung akan meningkatkan risiko demam denggi dalam komuniti berikutan kitaran pembiakan nyamuk Aedes yang lebih cepat," katanya kepada BERNAMA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan