INI BERITA BAIK
MUSUH RAKYAT
BN & PH
MULA BERGADUH
AMIN
INI MASA TERBAIK
UNTUK HUMBANKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
PRN Negeri Sembilan diadakan kerana 'pengkhianatan' - PH
Pemimpin kanan PH malam tadi secara terbuka meneruskan gesaan mereka agar pengundi Negeri Sembilan "menghukum" BN dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.
Seruan itu disuarakan ketika Negeri Sembilan menuju ke arah PRN yang dijadual berlangsung pada 28 Julai ini.
Orang ramai yang tediri daripada pelbagai kaum mula memenuhi Karisma Arena di Seremban seawal jam 6 petang semalam untuk mendengar ucapan para pemimpin kerajaan.
Berucap kepada orang ramai – yang dianggarkan Malaysiakini berjumlah sekitar 1,500 orang – Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, menekankan bahawa dia memang menentang gesaan agar PRN diadakan sebelum tempoh penggal sebenar berakhir.
Bagaimanapun, katanya, tindak-tanduk pemimpin Umno Negeri Sembilan menyebabkan wujud suasana tidak stabil, justeru ia menjadi punca Aminuddin Harun memohon agar dewan undangan negeri (DUN) dibubarkan lebih awal.
"Saya kata 'sabarlah, nanti adalah PRN’ tetapi mereka (Umno-BN) tak mahu tunggu (kerana) mereka yakin mereka boleh jatuhkan kerajaan,” katanya.
Anwar yang juga perdana menteri turut membangkitkan persoalan apa salah laku Aminuddin sehingga dia perlu dijatuhkan daripada kerajaan.
"Tanah mana yang Tok Min (Aminuddin) curi? Projek balak mana yang dia ambil?
"Kalau ada isu rakyat terabai, ada isu rasuah atau salah guna kuasa, kita boleh bincang. Tetapi apa sebabnya kerajaan ini hendak dijatuhkan? Kawan macam apa mereka ini?" kata Anwar.
Mahukan mandat rakyat
Dia yang juga Presiden PKR mengakui kerajaan "tidak sempurna" dan ada perkara tertentu yang terpaksa dikompromi kerana kewujudan pelbagai parti dalam pemerintahan.
Pun begitu, kata Anwar, dia cuba sedaya upaya untuk memastikan pembangunan negara berjalan seperti sepatutnya.
Walaupun ucapan Anwar – yang berakhir kira-kira jam 11 malam – mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai, hadirin juga kelihatan kurang berminat untuk mencetuskan sorakan yang biasa didengari pada acara-acara yang menampilkan perdana menteri.
Sementara itu Aminuddin turut melahirkan rasa kecewanya terhadap rentetan peristiwa yang membawa kepada pembubaran DUN Negeri Sembilan.
Menegaskan sekali lagi bahawa pembubaran itu adalah akibat daripada "pengkhianatan" yang dilakukan 14 Adun Umno yang menarik sokongan mereka, Aminuddin berkata, pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk memastikan mandat rakyat didengar.
Dalam ceramah itu Aminuddin dan pemimpin lain turut merujuk surat didakwa ditulis Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kepada pemimpin PAS mengenai dakwaan rancangan mereka menggulingkan kerajaan perpaduan Negeri Sembilan.
"Kita semua telah melihat halaman-halaman (surat itu) yang mendedahkan pengkhianatan besar. Saya pasti rakyat tidak mahu (taktik sedemikian) berterusan.
"Kita terpaksa melalui kesusahan dan penderitaan ini, sedangkan kita boleh menyelesaikan krisis ini melalui perpaduan, tetapi jika ini yang mereka pilih, kita akan berjuang," kata Aminuddin.
Bagaimanapun penyandang kerusi DUN Sikamat itu meluahkan kebimbangan melihat kehadiran orang ramai untuk majlis malam tadi yang turut melibatkan pembentangan prestasi ekonomi Negeri Sembilan di bawah kepimpinannya.
Kata Aminuddin, jumlah kehadiran itu masih belum mencukupi tetapi dia faham sebahagian daripada penyokong PH sudah berada di lapangan membuat persediaan sepatutnya.
Sesetengah yang lain, katanya, mengikuti program berkenaan melalui siaran langsung dalam talian.
"Sebenarnya, jentera kita 10 kali ganda lebih ramai (daripada kehadiran)," kata Aminuddin.
Mengulas mengenai jentera PH, Aminuddin menyatakan, siapa pun yang dipilih oleh kepimpinan parti untuk menjadi calon, mereka perlulah diberikan sokongan padu.
Katanya dia tidak mahu mendengar ada bantahan atau rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih sehingga ada cubaan mensabotaj.
"Sesiapa sahaja calon itu, saya rayu, mesti disokong. Kita tak boleh jadi pengkhianat seperti ‘kawan' kita yang mengkhianati kita ketika semuanya berjalan lancar," tegasnya.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pula menegaskan bahawa ada pengundi tertentu "tidak senang" dengan prestasi kerajaan Madani disebabkan oleh keutamaan yang tidak seimbang.
"Sesetengah orang tidak suka menyaksikan kerajaan yang stabil kerana mereka takut kedudukan mereka mungkin terjejas (dan) peluang mereka untuk mengawal kerajaan sekali lagi akan hilang.
"Itulah sebabnya terdapat pelbagai usaha untuk merosakkan negara kita," katanya.
Mengesahkan bahawa DAP akan mempertahankan 11 kerusi yang dimenangi parti itu sebelum ini, Loke berkata, dia sendiri akan terlibat secara langsung dengan bertanding di kerusi sekarang – Chennah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan