JANGAN GILA
NAK PELAWA
PELABURAN
PUSAT DATA
AMIN
DI AMERIKA BANYAK
BANDAR TOLAK
KERANa PUSAT DATA
GUNA BANYAK AIR
AMIN
AWAS
AIR MINUM
AKAN KURANG
KERANA MAT BURUT
NAK JADIKAN
MALAYSIA HUB
PUSAT DATA
KHALAS
El Nino: Air di empangan Timah Tasoh, Muda di tahap kritikal - SPAN
Johor Bahru: Tadahan air di Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Muda di Kedah dilaporkan pada tahap kritikal, susulan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ahmad Faizal Abdul Rahman bagaimanapun berkata bekalan air di kedua-dua kawasan empangan terbabit masih terkawal.
"Setakat ini, masih terkawal, cuma di bahagian utara agak kritikal iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis dan Empangan Muda di Kedah.
"Paling kritikal sekarang ini di Perlis. Saya difahamkan boleh bertahan 50 hari kalau tidak ada hujan," katanya ketika sidang media pada Operasi Pematuhan Pengosongan Tangki Septik Secara Berjadual (Ops Tebrau) di Jalan Syahbandar 2, Taman Ungku Tun Aminah di sini, hari ini
Paras air empangan hidro elektrik di Sarawak susut berikutan cuaca panas, kering
KUCHING: Paras air di empangan hidroelektrik di negeri ini masih berada pada tahap rendah susulan keadaan cuaca panas dan kering, kata Timbalan Premier Sarawak, Douglas Uggah Embas.
Sehubungan itu, katanya, ia mendorong kerajaan negeri berkoordinasi dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membincangkan keperluan pelaksanaan pembenihan awan.
"Cuaca beransur baik, tetapi kami masih menerima laporan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) bahawa paras air di hidro masih agak rendah.
"Jadi, kami masih berkoordinasi dengan NADMA dan melihat keadaan bila kita boleh menjalankan pembenihan awan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek bantuan dana rumah ibadat agama-agama lain, di sini, hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan