JANGAN LARI
DARI
TUJUAN UTAMA
UNTUK GULINGKAN
MADAFAKA
MAT BURUT
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
RUNDING BAIK2
KERJA MOLEK2
KHALAS
BN-PN Perlu ‘Move On’, Jangan Terikat Kerusi Lama – Dr. Mazlan Ali
KUALA LUMPUR | 18 Ogos 26 – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu berani berkompromi mengenai pembahagian kerusi jika mahu merealisasikan kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berkata, kedua-dua gabungan itu sebenarnya mempunyai ruang untuk bekerjasama di Melaka berdasarkan pengalaman kerjasama mereka di Johor dan Negeri Sembilan.
Katanya, formula kerjasama BN-PN di Melaka bagaimanapun menjadi lebih rumit selepas BN menyatakan hasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenanginya sebelum ini.
“Bagi negeri Melaka ini apabila Barisan Nasional menyatakan akan mempertahankan 21 kerusi dan selebihnya tinggal tujuh kerusi di mana lima kerusi adalah kubu kuat DAP. Jadi tidak banyak kerusi yang ada untuk Perikatan Nasional,” katanya kepada Politiko.
Menurut Mazlan, keadaan itu tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kerjasama BN-PN kerana kedua-dua pihak masih boleh mencari formula pembahagian kerusi sekiranya masing-masing bersedia berkompromi.
“Pada saya sepatutnya tidak berlaku masalah antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional kerana jika salah satu pihak berkompromi, mungkin idea gabungan kerjasama itu boleh dilaksanakan di Melaka,” katanya.
Beliau berkata, pengalaman di Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan kerjasama antara BN dan PN mempunyai potensi untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik.
“Ruang untuk BN dan PN melalui kerjasama itu ada di Melaka ini walaupun kita nampak agak rumit sikit dari segi pembahagian kerusi,” katanya.
Bagaimanapun, Mazlan mengingatkan bahawa kerjasama hanya boleh berlaku sekiranya kedua-dua pihak bersedia melepaskan sebahagian kerusi yang pernah dimenangi.
“Jika dua pihak berlapang dada dan boleh berkompromi dalam hal ini, maka tak ada masalah, boleh saja diteruskan kerjasama ini, asalkan ada pihak yang sanggup mengorbankan sedikit kerusi-kerusi mereka sebelum ini,” katanya.
Menurut beliau, kepentingan politik semasa perlu mengatasi kecenderungan untuk mempertahankan kedudukan berdasarkan keputusan pilihan raya lalu.
“Yang penting adalah politik ke hadapan bukan politik yang sudah berlalu, kita ‘move on’ kepada satu keadaan yang memungkinkan potensi untuk memenangi kerusi itu lebih baik,” katanya.
Pandangan itu memberi tekanan kepada BN dan PN untuk melihat rundingan kerusi Melaka bukan semata-mata berdasarkan jumlah kerusi yang pernah dimenangi, tetapi berdasarkan potensi kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
Dengan hanya tujuh kerusi berbaki selepas tuntutan BN terhadap 21 kerusi penyandang, ruang PN untuk bergerak secara bersendirian juga dilihat semakin sempit.
Justeru, kompromi kerusi menjadi persoalan utama yang perlu diselesaikan sekiranya BN dan PN benar-benar mahu membentuk formula bersama di Melaka. @politiko.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan