INI KEMPEN
ANTI ROHINGAYA
ATAU
KEMPEN TAKDA
LESEN MEMANDU
AMIN
SELALU KEMPEN
ANTI ROHINGYA
TAPI BILA
NAK MULA KEMPEN
ANTI CHINA MERAH
DAH BERJUTA
HILANG LESAP
DI TANAH MELAYU
KHALAS
KOTA BHARU: Seramai 34 pemilik kenderaan di Kelantan dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuk menyewakan kenderaan kepada warga Rohingya yang tidak memiliki lesen memandu sah.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata kes berkenaan direkodkan sehingga Jun lalu membabitkan jumlah denda keseluruhan RM34,000.
Beliau berkata, tindakan itu sebahagian daripada usaha penguatkuasaan dipertingkatkan terhadap pemilik kenderaan tempatan yang membenarkan individu tanpa lesen memandu menggunakan kenderaan mereka.
"Kelantan antara negeri terawal membawa pemilik kenderaan terus ke mahkamah sebagai sebahagian usaha menjadikan penguatkuasaan lebih berkesan.
"Sehingga Jun lalu, sebanyak 34 kes membabitkan pemilik kenderaan dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda RM34,000," katanya.
JPJ Kelantan semalam dilaporkan mengenal pasti taktik baharu membabitkan warga Rohingya yang menyewa kenderaan daripada penduduk tempatan, termasuk model mewah, untuk urusan harian mereka.
Warga asing terbabit dikatakan tidak membeli kenderaan secara terus, sebaliknya menyewanya daripada penduduk tempatan dengan kadar antara RM50 hingga RM500 sebulan.
Mohd Misuari berkata, menerusi Ops PeWA yang dijalankan dari Januari hingga Jun lalu, sebanyak 85 peratus daripada pesalah warga asing yang dikesan adalah warga Rohingya.
Katanya, sebanyak 180 kenderaan diperiksa dalam operasi itu dengan 105 daripadanya disita.
"Sebanyak 201 notis dikeluarkan membabitkan 439 kesalahan. Kesalahan tertinggi ialah memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL), iaitu 210 kes, diikuti penyalahgunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan 105 kes," katanya.
Mohd Misuari berkata, secara keseluruhan, usaha penguatkuasaan dalam tempoh berkenaan menyaksikan 576 kenderaan diperiksa, 457 disita dan 908 saman dikeluarkan.
Beliau berkata, warga Rohingya tidak dibenarkan memandu di Malaysia tanpa memiliki CDL yang sah.
Katanya, pemilik kenderaan yang menyewakan atau meminjamkan kenderaan kepada individu tanpa lesen memandu sah boleh didakwa mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kenderaan juga akan disita serta-merta jika didapati terbabit dalam kesalahan.
"Kami menggesa orang ramai tidak hanya mengejar keuntungan daripada sewaan kenderaan kerana tindakan tegas terus diambil bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.

1 ulasan:
Kelante serambi mekah lagi..kakakakak
Catat Ulasan