Isnin, 19 November 2018

TAHNIAH PEGUAM NEGARA






PEGUAM

NEGARA

SPRM

TAHNIAH

SPRM siasat pegawai kanan undang-undang selepas dakwaan mengejutkan

PENGARAH Pusat Timbang Tara Asia (Malaysia), Prof. Dr. Sundra Rajoo yang kini menanti kontrak baru, sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu pejabatnya hari ini.

Sundra, yang dilantik kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sedang disiasat kerana didakwa menggunakan dana yang diberikan kerajaan untuk mendapatkan bantuan daripada menteri kabinet lalu dan sekarang bagi melanjutkan kontraknya.

The Malaysian Insight difahamkan bahawa petugas SPRM petang ini menyerbu pejabat pusat timbang tara di Kuala Lumpur.

“SPRM menyerbu pejabatnya dan beberapa kakitangan disoal siasat,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insight.

Difahamkan, siasatan itu bermula dengan surat tanpa nama yang ditujukan kepada SPRM berisi perincian kesalahan yang dijalankan oleh Sundra.


INI CONTOH

MALAYSIA BARU
---------------

1 ulasan:

Awanama berkata...

Surat aduan salahlaku sundrabolong ni mesti dari org yg nakkan tempat dia tu. Alaa biasa la, tak puas hati asyik dia jer jadi boss. Dah abih kontrak nak disambung lagi. Bagi peluang org lain pulak laa. Kaut sikit2 dah laa. Kahkahkah org tamak selalu rugi, mcm najib dan rosmah!