Khamis, 1 September 2022

CARA MEMBACA MEDIA

 



Azalina letak jawatan penasihat PM, umum Pejabat Perdana Menteri

AZALINA Othman Said meletakkan jawatan sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Ogos.

“Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut Azalina kini bercuti sehingga tamat notis pada hujung bulan ini dan sepanjang tempoh itu tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

Beberapa media yang memetik sumber sebelum ini melaporkan peletakan jawatan berkenaan, namun dinafikan oleh sumber yang dekat dengan Azalina.

Azalina dilantik penasihat khas kepada Ismail Sabri pada pada 2 Oktober 2021.

Beliau bagaimanapun dikritik dan didesak letak jawatan susulan kenyataannya semasa berucap di majlis Taklimat Khas Presiden Umno, yang diadakan berhubung sabitan dan hukuman ke atas Najib Razak.

Dalam ucapan pada perhimpunan 27 Ogos itu Azalina antara lain mempersoalkan kenapa perdana menteri tidak menggunakan kuasanya untuk menukar peguam negara yang beliau bayangkan sepatutnya lebih mendengar kata.

Majlis taklimat itu diadakan untuk menunjukkan solidariti Umno kepada Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula Rabu lepas.

Selain Azalina, majlis turut mendengar penjelasan daripada peguam Najib iaitu Shafee Abdullah dan Zaid Ibrahim, serta ucapan dua anak bekas perdana menteri.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri terkait tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah tertinggi itu mendapati pembelaan Najib terhadap tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. – 1 September, 2022.


CARA TT

MEMBACA

MEDIA MASIH

TEPAT

AMIN

KELMARIN PURTAN

MENAFIKAN

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

APA YANG 

DINAFIKAN

AKAN 

MENJADI BENAR

AMIN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: