Khamis, 1 September 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR ROSMAH


Rosmah didapati bersalah atas semua pertuduhan
Seluruh perhatian bertumpu kepada Rosmah Mansor hari ini, sama ada dia akan menyusuli suaminya, Najib Razak dengan didapati bersalah atau dibebaskan daripada kes rasuah berhubung projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Namun, dalam langkah saat-saat akhir, Rosmah dua hari lalu memfailkan permohonan agar hakim perbicaraan, Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes ini.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka akan mengendalikan permohonan itu terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menyampaikan keputusan tiga pertuduhan rasuah terhadapnya.

Mahkamah dapati Rosmah bersalah

2.56 petang: Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar berjumlah RM1.25 bilion.

Zaini berkata tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap hujah pendakwaan, dan pembelaannya hanyalah penafian dan tidak diiringi dengan bukti berwibawa.

Mahkamah kini menunggu pasukan peguam Rosmah untuk berhujah bagi mitigasi untuk hukuman yang lebih ringan.

SEGEMOK GEMOK

ROSMAH

AKHIRNYA AKAN

KURUS JUGA

DUDUK DALAM

PENJARA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: