Khamis, 1 September 2022

ROSMAH MASUK JIL 10 TAHUN ?

 


Rosmah dihukum penjara 10 tahun, denda RM970 juta

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, ke atass Rosmah Mansor selepas beliau didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Beliau dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Februari lepas. – 1 September, 2022.

ROSMAH

DI PENJARA

10 TAHUN 

AMIN

ADAKAH INI

ADIL ?

AMIN

MANA KEADILAN

BILA ISTERI KENA

12 TAHUN

SUAMI  KENA

10 TAHUN

AMIN

KENAPA ISTERI

LEBIH LAMA

DUDUK DALAM JIUL

DARI SUAMI

KAH KAH KAH

KHALAS

OPPPS...

APAKAH KERANA 

SUAMI KENA

DENDA 970 JUTA

MANAKALA ISTERI

HANYA 210 JUTA

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: