Khamis, 1 September 2022

ROSMAH MANGSA BELOT

 



Rosmah menangis, minta simpati mahkamah

ROSMAH Mansor tidak dapat menahan sebak ketika berucap di mahkamah selepas disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkait projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

“Saya mengaku saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Saya tidak pernah ambil wang.”

“Saya betul-betul terkejut bagaimana keadaan boleh bertukar, jadikan (saya) mangsa. Setiap kali saya buka mulut, suami saya akan cakap ‘Rosmah, awak cuma isteri saya, jangan masuk campur.’

“Ia boleh berlaku kepada saya sekarang, ia boleh berlaku kepada anda semua.

“Saya harap Yang Arif akan menimbang fakta bahawa saya adalah seorang wanita yang terpaksa mengambil alih peranan seorang lelaki di rumah saya. Yang Arif, pandanglah saya sebagai seorang wanita dengan sedikit belas kasihan dan perikemanusiaan. Saya mangsa dalam semua ini,” katanya sambil menitiskan air mata.

“Anda telah melakukan ini kepada suami saya dan keluarga saya telah menderita. Saya hanya seorang wanita yang hanya mengambil alih peranan seorang lelaki dalam rumah,” katanya merujuk kepada sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC International minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, malah Najib perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal akan dikenakan tambahan lima tahun penjara.

Rosmah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah yang diterima atau diminta mengikut Seksyen 24(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pada 18 Februari tahun lepas, isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Beliau didakwa meminta suapan RM188 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovoltaik Hibrid, serta penyelenggaraan dan operasi set penjana diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus. – 1 September 2022.

WOIT

ROSMAH MANSOR

MANGSA BELOT

KAH KAH KAH

PEMBANTU 

RIZAL MANSOR

TELAH BOCOR

SEMUA MAKLUMAT

KAH KAH KAH

NAMA 

RIZAL MANSOR

NAMA AYAH SAMA

SATU MASUK JIL

SATU ENJOI

DE MENJOI DG

DUIT JUTA JUTA 

RINGGIT & DOLAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: