Selasa, 21 Februari 2023

KES RASUAH PERTAMA BERSATU


Wan Saiful mengaku tidak bersalah terima rasuah RM6.9 juta

KETUA Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000. 

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Wan Saiful diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik. – Bernama, 21 Februari, 2023.

WOIT

MEMANG TAK

MENGAKU SALAH

KAH KAH KAH

CEPATKAN

KES SELESAI

AMIN

NAK ADAKAN

PRK 

KAH KAH KAH

MULAKAN DGN

ORANG KELILING

ABAH

AMIN

KEMUDIAN ORANG

KELILING HADI

AMIN

LEPAS TU BARU

PEGANG ABAH

BARU PEGANG

HADI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: