Selasa, 21 Februari 2023

PROJEK LICIK NAK BEBASKAN NAJIB


Rayuan Najib tidak didengar dalam perbicaraan SRC International, kata Shafee

BERLAKU ketidakadilan dalam penghakiman terakhir Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International susulan alasan rayuannya tidak didengar, dakwa peguam bela utama Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah.

Kata Shafee Mahkamah Persekutuan mempunyai peranan untuk mencegah penyalahgunaan keadilan namun gagal untuk mempertimbangkan alasan rayuan dibangkitkan wakil Najib.

Pada 25 April tahun lalu, peguam Najib mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan.

“Penghakiman terakhir cetus ketidakadilan pada beliau sebab (Najib) langsung tidak didengar.

“Ini juga satu salah guna proses mahkamah. 99% orang ramai juga akan hargai melihat Najiob dan peguamnya tidak didengar (semasa perbicaraan SRC),” katanya kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Tahun lepas Najib memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan yang menolak penangguhan prosiding utama dan isu menggugurkan Ketua Hakim Negara daripada rayuan itu.

Beliau juga memfailkan permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu, berhubung rayuan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – 21 Februari, 2023.

INI NAMANYA

PROJEK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AMIN

BUAT CERITA INI

BIAR ADA SIMPATI

AMIN

LUBANG  & TALI

DIGALI DI IKAT

DI RANCANG

UNTUK 

MEMBEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

AMIN

LICIK TERSUSUN

DI RANCANG

KHALAS

Tiada ulasan: