Selasa, 21 Februari 2023

SAPA ??? RASUAH KELUARGA PEMIMPIN POLITIK



Ada surat setuju terima projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik, kata menteri


BEBERAPA senarai Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum mengenal pasti nilai sebenar projek itu.

Beliau berkata SPRM sudah menjalankan siasatan terhadap isu berkaitan tender rundingan terus antaranya projek di bawah Jana Wibawa yang melibatkan projek pembangunan dan infrastruktur.

“Sebanyak 56 projek sudah mendapat SST dan keseluruhan projek tersebut bernilai RM6.3 bilion,” katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Azalina menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung jumlah bilangan dan nilai projek yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa khususnya tender rundingan terus melibatkan ahli keluarga pemimpin utama serta tindakan yang diambil ke atas mereka yang dapat habuan.

Menjawab soalan mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam, Azalina berkata 60 daripada 180 kes selesai dibicarakan bagi tempoh 2018 hingga Januari tahun ini.

Katanya 72 individu sudah disabitkan kesalahan manakala baki 120 kes masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Beliau menjawab soalan Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam yang belum dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman serta sebab-sebab ia ditangguhkan.

Azalina juga berkata kerajaan bercadang mengadakan sesi libat urus berkaitan Rang Undang-Undang Dana Politik untuk mendapatkan maklum balas gabungan dan parti politik serta pihak berkepentingan supaya sebarang rang undang-undang yang bakal dibentang kepada jemaah menteri adalah inklusif dan komprehensif serta mencerminkan keperluan semasa.

“Sebarang kertas kerja dan laporan pentadbiran terdahulu turut akan dipertimbang oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berhubung perancangan kerajaan dalam membentangkan rang undang-undang itu bagi mengatasi isu pendanaan asing. – Bernama, 20 Februari, 2023.

WOIT

TALI GANTUNG

NAK DEKAT DENGAN

PEMIMPIN MANA? 

KAH KAH KAH

KELUARGA SAPA

JENG JENG JENG

AMIN

INI LANGKAH BIJAK

DAKWA & TANGKAP

BARU BOLEH

PAKATAN SELAMAT

AMIN

JIKA TIDAK OMBAK

TALIBAN  AKAN

LANDA PAKATAN

KHALAS

Tiada ulasan: