Rabu, 1 Februari 2023

PILIHAN RAYA LAGI



DUN Kedah dijangka bubar selepas 18 Jun, kata MB

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun depan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Muhammad Sanusi berkata beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha menyebabkan pihaknya berpandangan DUN Kedah tidak sesuai dibubarkan ketika ini.

“Seperti saya pernah sebut, bulan tiga (Mac) dengan bulan empat (April) puasa dan raya… lepas tu orang pergi haji (kena) tunggu orang balik (dari) haji, (dan) yang penting di Kedah ini pada 18 Jun ada (sambutan) keputeraan Tuanku Sultan Kedah, lepas itu baru boleh buat apa yang patut,” katanya.

WOIT

5 NEGERI LAIN

BOLEH IKUT SAMA

AMIN

TAK PERLU BUAT

SENDIRI SENDIRI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: