Khamis, 9 Mac 2023

LANGKAH BIJAK PMX


Isu pemilihan Umno, Anwar sokong keputusan menteri

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyokong keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk memberi pengecualian kepada Umno mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Anwar berkata sebagai perdana menteri dan menteri kewangan beliau membuat keputusan serupa berkaitan proses pemerolehan penjawat awam.

Presiden PKR itu berkata peruntukan undang-undang memberi kuasa kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mengemukakan sesuatu perkara kepada menteri berkaitan.

Mengenai isu surat daripada RoS berhubung usul tambahan Umno agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini, Anwar berkata peruntukan undang-undang memberi kuasa kepada RoS untuk mengemukakan sesuatu perkara kepada menteri berkaitan.

“Di Jabatan Perdana Menteri, adakalanya saya override (mengatasi) keputusan umpamanya dulu pegawai diarah untuk memberi kontrak secara rundingan terus, saya mengatasi (keputusan itu) kerana saya fikir lebih baik kita gunakan proses tender supaya lebih telus,” katanya ketika ditanya sama ada Saifuddin Nasution mengatasi keputusan RoS.

Semalam, Saifuddin berkata keputusan memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan parti itu adalah terpakai.

KDN memberi pengecualian kepada Umno daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti itu tahun ini.

Pengecualian itu diberi mengikut Seksyen 70 akta berkenaan yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta 832. – 9 Mac, 2023.

INI LANGKAH

TEPAT LAGI BIJAK

AMIN

ZAHID KUNCI

PADA KERAAJAN

SEKARANG

AMIN

KALAU ADA

PERTANDINGAN

DALAM GEROMBOLAN

MUNGKIN ZAHID 

AKAN KALAH

AMIN

BILA ZAHID KALAH

PAMX AKAN JADI

XPM

AMIN

INI BAHAYA

TALIBAN AKAN

MASUK

AMIN

TALIBAN LAGI

BAWA BAHAYA

KHALAS

Tiada ulasan: